Sebelum ni, ramai blogger dah melihat game yang dimainkan oleh team RBA, namun begitu kerana kelicikan RBA telah membutakan pelbagai pihak hingga mereka dianggap sebagai satu permasalahan kecil.
Kini RBA melangkah jauh lagi dengan memainkan isu MH370 , sebuah pesawat milik Malaysia yang dilaporkan hilang hingga kini. Dengan memetik isu kapal selam Scorpene, mereka mempertikaikan kemampuan fungsi kapal selam tersebut dengan membandingkan kemampuan negara ini dan negara jiran. Pelbagai alasan yang tidak logik dibangkitkan oleh RBA tentang kemampuan Scorpene dalam usaha mencari dan menyelamat tanpa mengira fungsi sebenar Kapal perang dengan kapal pencari.
Terkini RBA mula membangkitkan isu mengapa Vietnam memiliki lebih dari sebuah kapal selam sedangkan Malaysia tidak seperti Vietnam. Kita pusing balik tentang isu pembaziran wang rakyat seperti yang mereka sebarkan. Jika kita fikir secara logik, kenapa RBA mahu bandingkan dengan Vietnam? Setiap negara mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Disinilah kelemahan RBA yang tidak tahu tentang strategi negara dalam soal pertahanan. Bukan aset yang menjadi tajuk utama, sebaliknya teknologi pertahanan yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia lebih baik daripada Vietnam.
RBA terdiri daripada kelompok profesional , tetapi kebanyakan mereka bukanlah pakar strategi, sebaliknya lebih kepada spinning issue. Aku harap bagi mereka yang telah memdengar suara sumbang daripada pihak RBA, fikirkan secara logik dan profesional , berfikir secara pro dan kontra sebelum mengiyakan suara ejen RBA.
No comments:
Post a Comment