Friday, April 4, 2014

Macam mana nak kenal Red Bean Army? Siapa RBA tu?

Sekarang do hot dengan cerita Red BeN Army. Tapi dulu RBA ni meletup dikalangan blogger jer. Orang ramai tak pandang hal ni. Tapi disebabkan RBA dah masuk dalam dunia offline, maka mula la jadi kecoh pasal isu ni.

Aku bagi tau sedikit sebanyak siapakah yang bergelar red bean army ni. Mereka terdiri daripada pemilik perniagaan, penjawat swasta, petugas profesional dan pelajar kolej serta universiti.

Mereka akan menggunakan kerjaya mereka sebagai senjata utama untuk menghasut orang awam agar suasana menjadi kecoh atau dalam erti lain "memprovokasi".

Seperti contoh: seorang doktor klinik swasta yang menjalankan misi RBA akan mengenakan caj perubatan serta kaunseling kesihatan melebihi nilai keuntungan klinik yang sepatutnya. Jika harga perubatan asal adalah RM50.00, maka doktor tersebut akan menggandakan nilainya menjadi RM100.00 atau lebih. Apa bila ditanya mengapa harga menjadi begitu tinggi maka doktor tersebut akan menjawab bahawa kerajaan Malaysia telah menaikkan cukai perubatan.

Contoh yang kedua ialah: provokasi perkauman dimana seorang pensyarah kolej atau universiti akan menghasut pelajar supaya membenci kerajaan atas sebab peningkatan penganggur dikalangan bangsa cina, india dan lain-lain kaum selepas keluar dari universiti kerana kuota pekerjaan awam hanya untuk pelajar melayu sahaja.

Contoh bagi kes hartanah pula, RBA akan cuba mengenakan tekanan harga hartanah mengikut jenis kaum. Bagi yang tidak berkemampuan, mereka tidak akan mampu membeli tanah perumahan. Kita semua tahu aset yang sangat bernilai sekarang ialah aset hartanah. Jika dilihat sekarang, bumiputera hanya mampu memiliki rumah pangsa atau flat sahaja dan tak mampu memiliki walau satu lot pun tanah. Bukan aku berniat nak menghasut, tapi fikirlah masa depan bangsa bumiputera. Jika bangsa lain ada tanah seluas banglo, kita pula hanya ada rumah petak tanpa halaman.

Contoh yang ketara pula adalah dikalangan pengilang produk dan pihak pemborong. Mereka akan menaikkan harga jualan pukal terhadap kaum lain dan mengenakan harga rendah untuk kaum mereka sendiri. Ini bertujuan bagi menjadikan harga barangan pasaran menjadi tidak stabil. Ini akan menjurus kearah inflasi.

Peratus RBA paling banyak adalah dalam sektor tersebut:

-Perkhidmatan perubatan dan kesihatan swasta (naik harga ubat)
-pengangkutan awam terutamanya teksi (hasutan sepanjang perjalanan)
-pensyarah universiti atau kolej (hasutan perkauman sepanjang pengajian)
-perniagaan peruncitan (naik harga barangan atas alasan cukai)
-perniagaan restoran (naikkan harga makanan / minuman)
-sektor hartanah (membezakan jenis hartanah dan harga rumah antara kaum)
-perindustrian (menaikkan harga barangan kilang secara tak seimbang antara kaum)
-pelajar kolej dan universiti (menghasut rakan sebangsa supaya membenci rakan dari kaum yang lain)

Bila semua ini terjadi dan masyarakat awam mempercayainya, maka semua pihak akan menunding jari kepada pihak kerajaan dan mencetuskan suasana huru hara yang akan menarik perhatian negara luar yang menanti saat kucar kacir. Ini akan menjadikan alasan utama untuk mereka masuk campur atas sebab hak asasi manusia. 

Kesannya ialah seperti yang berlaku kepada Singapura yang terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Maka semakin kecillah negara dan tidak mempunyai kekuatan lagi. Yang akan kerugian ialah semua pihak terutamanya bangsa bumiputera tidak kira dipihak pembangkang mahupun kerajaan pimpinan BN.



No comments: