Tuesday, January 24, 2012

Penyatuan Para Blogger Pro BN Dalam Menghadapi Pembangkang.

Tajuk artikel kali ini menyentuh soal pakatan pembangkang yang mulai sedar akan kebangkitan Blogger pro kerajaan BN dalam menghadapi kedatangan PRU. Soal pilihanraya bukanlah isu yang boleh idibuat main kerana perbezaan satu undian sahaja boleh menukar corak pentadbiran negara menurut parti yang menang. Pelbagai taktik dan kaedah yang digunakan bagi memenangi pilihanraya yang ditandingi.

Sememangnya puak pembangkang ini sedar bahawa salah satu kekuatan untuk menghadapi pilihanraya ialah melalui media siber. Sebuah laman blog mampu menarik perhatian pelbagai pihak hingga mempengaruhi suasana politik tanah air.

Bagi menyekat usaha ini, mereka (pembangkang) akan sedaya upaya memastikan tiada penyatuan antara blogger melalui beberapa cara seperti menimbulkan perbalahan antara penulis blog. Disamping itu, setiap penulis blog yang sedang meningkatkan reputasinya akan dijatuhkan dengan beberapa isu kontroversi hingga menimbulkan syak wasangka dikalangan penulis blog lain.

Sebagai langkah pertahanan dari serangan pihak pembangkang, para blogger harus menanamkan sikap percayakan rakan bloggernya sendiri dan saling bertoleransi antara satu sama lain.

Kita harus waspada dengan pihak pembangkang walaupun rakan kita sendiri kerana kita tidak tahu apa agenda tersembunyi mereka demi memenangi hati rakyat dalam pilihanraya akan datang sekaligus merobek pertahanan bloggers pro BN.

Lupakan soal kepentingan diri mahupun wang kerana apa yang paling penting ialah soal maruah parti yang diperjuangkan kita semua. Rakyat tidak melihat bentuk parti sebaliknya bagaimana warga parti tersebut melaksanakan tanggungjawab mereka, kita (blogger) adalah pejuang yang menyandang pena dan kamera menggantikan senapang. Keamanan dan kemakmuran tanah air turut sama kita pikul walaupun bukan di medan perang. Setiap blogger mempunyai kepakaran tersendiri dalam menghadapi pihak lawan, seperti blogger yang tersohor parpukari, sekupang dua, papa gomo dan beberapa blogger yang lain. Masing-masing mempunyai kaedah yang tersendiri.

Setiap blogger ibarat aur dengan tebing yang saling memerlukan. Oleh itu hindarilah sengketa sesama kita. Bersedialah semua dalam menantikan semboyan pilihanraya oleh ketua pemimpin kita. Semoga barisan pejuang kita akan lebih kukuh.

3 comments:

Teko Kopi said...

Asmkm...sy telahpun linkkan blog tuan ke blog saya. Harap tuan sudi link kan blog saya ke blog tuan. Terima kasih dr sy..

Teko Kopi said...

Asmkm...sy telahpun linkkan blog tuan ke blog saya. Harap tuan sudi link kan blog saya www.tekokopi.blogspot.com ke blog tuan. Terima kasih dr sy..

Laksamana Parang Pedang said...

Ok, saya akan masukkan link...maaf lewat. Saya banyak kerja kebelakangan ni..