Sunday, October 25, 2009

Program larian 1 Malaysia 25 Oktober 2009 telah berjaya

Alhamdulillah, pada pagi tadi 25 Oktober 2009 bertempat di Bandar Seri Botani, Program larian sempena festival 1 Malaysia anjuran Kerajaan Perak dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah berjalan dengan jayanya. Penyertaan seramai 700 orang peserta dari pelbagai kaum telah mengambil bahagian tidak kira umur atau jantina.Program yang bermula seawal 7.30 pagi telah mendapat sambutan hangat dari penduduk sekitar Ipoh dan turut disertai oleh peserta dari negeri-negeri lain. acara sampingan seperti senam tari dan pameran anti dadah telah menambahkan kemeriahan program tersebut. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak iaitu Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Yang Amat Berhormat Dato Hamidah Osman ADUN Sg. Rapat. Diharapkan agar program ini akan terus dilaksanakan ditempat lain pada masa akan datang.

No comments: