Friday, October 9, 2009

BAGAN PINANG DILANGGAR SAMSENG PAS

Tak cukup dengan maki hamunnya, disusun pula bala tentera yang tak pernah kenal erti belas kasihan. seperti apa yang dikatakan oleh media baru-baru ini, seorang warga emas berusia 55 tahun yang berstatus pemastautin di Bagan Pinang telah dipukul oleh penyokong PAS. Hanya kerana menegur atas perkara kecil, beliau dibelasah oleh sekumpulan penyokong PAS seramai antara 5-10 orang.



Perkara tersebut turut disaksikan oleh bekas Menteri Besar Perlis Dato'seri Shahidan Kassim dan beberapa orang penyokong UMNO serta penduduk Bagan Pinang. Kebiadaban PAS turut menyerlah lagi apabila dikhabarkan beberapa ribu orang PAS dari Kelantan, Terengganu dan Perak akan dihantar ke Bagan Pinang bagi menjayakan jihad palsu mereka.



Beberapa gambar menjadi bukti bahawa samseng-samseng PAS dari Kelantan telah mula melancarkan gerakan biadabnya bagi menjamin kemenangan mereka di Bagan Pinang tanpa mengambil kira sensitiviti penduduk di kawasaitu sendiri. Taktik ini telah mula dilancarkan sejak pembebasan Dato' seri Anwar Ibrahim yang bertindak sebagai 'master mind'. Amalan samseng bukanlah suatu jalan yang sesuai untuk meraih undi penduduk kawasan Bagan Pinang. Oleh sedemikian, adakah mampu bagi PAS memimpin negara mengikut acuan 'filem Tamil' yang menonjolkan budaya samseng? fikir-fikirkanlah tentang masa depan negara yang penuh dengan budaya keganasan.



Sila klik link dibawah ini...saksikan kezaliman samseng PAS terhadap kaum wanita.



No comments: