Thursday, February 6, 2014

Jom buat cincin sendiri guna dawai.. (ruangan untuk kanak kanak dan awal remaja)

Aku tak tahu nak tulis apa dah sebab sekarang ni ramai orang dah start jadi keyboard worrior sampaikan aku pun tenggelam timbul naik. Tapi sebagai penulis, aku takkan berhenti menulis walaupun untuk golongan adik adik aku.

Hari ni abang nak cerita sikit bab fesyen di jari untuk adik adik abang yang suka bertukang dengan dawai sidai kain terpakai milik mak adik adik. Tapi jangan potong dawai yang ada di ampaian sudahlah dik.. Nanti dapat gelaran juara pecut kampung bila kena kejar dengan mak sendiri.

Siapa yang tak suka pakai cincin? Abang sendiri tak pakai jam tangan tapi minat dengan cincin. Cuma harga cincin besi dipasaran (tanpa batu cincin ) pun dah cecah RM35.00 sebentuk. Nasib baik la abang ni tukang bentuk batu cincin daripada kayu dan tahi besi.

Ok, sekarang abang malas nak cerita panjang. Gambar dah sedia untuk adik ikut panduan cara nak buat cincin buatan sendiri home made "lord of the ring"

1. Adik kena la ada dawai sepanjang 70 cm (kalau lebih lagi elok sebab lebihannya boleh dipotong untuk kemasan akhir) . Juga playar muncung panjang / tirus.

2. Bentukkan bulatnya guna pen marker. Ini bagi memastikan bentuk kerangka nanti tak lari.

3. Selepas dah bentuk guna pen. Ukur rangka cincin ikut saiz jari. Lebihkan sikit saja untuk bagi ruang lilitan dawai keliling rangka dawai.

4. Lilit sekeliling rangka dengan dawai lebihan tadi. Ikut panduan pada gambar.

5. Untuk kemasan akhir. Hujung dawai hendaklah berakhir dibahagian luar supaya tak mencederakan jadi bila disarungkan.

6. Cincin dawai siap untuk dipakai.













1 comment:

ibu enii said...



SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259