Monday, December 9, 2013

UMNO GOPENG KOMITED BANTU MANGSA BANJIR PANTAI TIMUR

Itulah yang dinamakan semangat perpaduan. Dikala ramai pihak bertungkus lumus menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gopeng (Perak) turut tidak terkecuali dari menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Dengan dipimpin oleh saudara Adli Dato' Tahiruddin dan Biro Kebajikan PPUMNOBG serta jemaah ajk pemuda Gopeng, sebuah pusat pengumpulan bantuan derma diwujudkan di : no 1 Tingkat Seri Rapat 12 , Taman Maju Rapat, 31350 Ipoh, Perak.

Pelbagai bantuan dari segi pakaian, selimut, serta makanan sedang dikumpulkan dan akan disalur ke pusat penempatan sementara mangsa banjir.


Bagi anda yang tinggal di sekitar Gopeng dan berhajat membantu mangsa banjir, bolehlah menghubungi terus nombor telefon yang tertera dibawah atau terus ke alamat yang disertakan diatas.

hubungi : 012 5533384- fairus





No comments: