Aku nak cerita sikit tentang senaman berjalan pada sidang pembaca. Satu perkara yang mudah tetapi membawa seribu satu manfaat buat kita semua. Tak kira anda pesakit jantung, buah pinggang (belum kronik), diabetes, darah tinggi mahupun masalah kesihatan yang lain.
Tempoh masa 20 minit setiap hari selama seminggu adalah rahsia kesihatan bagi yang menghidap masalah penyakit kronik. Setelah dilakukan selama seminggu sebagai tindakan generate darah dalam badan, barulah dilakukan tiga kali seminggu.
Aku ada bawa seorang kawan yang namanya dirahsiakan mempunyai masalah kesihatan lelaki dan mengadu kepada aku. Tapi aku cakap kat dia awal-awal... Agak agak la kalau nak cerita, kat orang bujang macam aku pun nak dibagitau. Tapi aku tak potong percakapan dia macam tu je.. Kebetulan kami jumpa dipadang permainan, aku ajak dia sembang sambil berjalan. Lebih kurang dua puluh minit aku layan dia sembang.
Lepas tu aku stop untuk ajak dia duduk kat kerusi taman. Aku tanya dia macam mana rasa badan sekarang? Dia kata satu badan rasa panas cuma lenguh sikit sebab jalan lama. Aku kata kat dia, tunggu awal pagi esok.
Dan seperti yang dijanjikan, kami jumpa untuk minum sama. Aku tanya kawan aku, apa dia rasa pagi ni? Tak ada apa rasanya, cuma badan suam saja.... Petang tu aku ajak dia keluar lagi jalan-jalan ambil angin dan seperti biasa , tempoh masa berjalan kaki cuma lebih kurang dua puluh minit sahaja..
Lebih kurang seminggu (tak sampai pun) kawan aku telefon aku bagitau yang dia dah mula nampak kesan pada masalah kesihatannya. Apa yang aku dengar daripada dia, bila waktu pagi je dia punya torpedo mencanak tegak. Alhamdulillah, tu je yang aku boleh cakap.
Patutlah dalam tv tu dok suruh kita senaman sekurang kurangnya dua puluh minit tiga kali seminggu. Banyak mana kita makan tongkat ali, ubat diabetes, ubat darah tinggi tapi kalau darah tak jalan... Makan ubat apa pun tak berguna.
Aku nasihatkan bagi pesakit kronik supaya amalkan senaman berjalan... Jangan berlari... Sukat kemampuan pergerakan kita. Aku sendiri pesakit diabetes, tapi bila amalkan senaman.... Badan aku macam orang normal saja... Tapi sori la.. Aku tak buat tiga kali seminggu, tapi dua kali setiap hari lepas subuh dan jam 6 petang selama dua puluh minit...
1 comment:
..walau ramai yang kata tak bagus sebenarnya senaman mengayuh basikal juga bagus...tak caya boleh cuba...
Post a Comment