Sunday, December 16, 2012

Menteri Besar Perak Merasmikan Festival Puisi Dan Lagu Rakyat Antara bangsa Pangkor 3

Liputan dari Perak Cyber Troopers.


Dato zambry

Zambry di arena pangkor

Kitika ini jam 10:37 pagi, Ketibaan YAB Menteri besar Perak Dato'Seri Diraja Dr. zambry Bin Abdul Kadir ke Pentas Arena Pangkor.

Kedatangan beliau disambut dengan tarian selamatdatang, Zapin Perak oleh kumpulan Astaka.

Disusuli dengan bacaan doa memohon kesejahteraan dan redho ilahi sepanjang majlis serta kemakmuran negeri Perak amnya.

Tutur hadi bersama ialah YB Dato' Zainol Fadzi Bin Paharudin selaku Pengerusi Jawatan kuasa kesenian, kebudayaan, belia dan Sukan Perak.

Majlis seterusnya diserikan dengan ucapan dari Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan iaitu Dato Seri Dr. abdul Rahman Hashim. Dikkuti pula oleh ucapan YB Dato Zainol Fadzi.

Upacara kemuncak ialah ucapan serta Majlis perasmian Festival oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Diraja Dr. zambry Bin Abdul Kadir. Beliau turut merasmikan tiga buah buku antologi berjudul Puisi Pangkor 2, Travelog Seychelles, dan Pangkor. Buku ini hasil karya seniman tempatan telah mencatatkan kisah perjalanan rakyat Perak dalam bentuk puisi dan lagu.

Selesai Pelancaran majlis, aturcara diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan disambung dengan acara bacaan puisi serta senandung lagu.

Bagi aturcara 11:25 hingga 12:55 petang, majlis akan disambung dan dijangkakan didalam program bahawa Yang Amat Berhormat Dato Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir akan turut menyampaikan puisi beliau sendiri.


Sepanjang program di Arena Pangkor.



Art 7

Art 6

Art 5

Art 4

Art 3

Art 2

Art 1

Dato zambry 2