Parang Pedang malas nak masuk campur urusan orang politik sebab Parang Pedang ni cuma insan kerdil dalam dunia politik. Tapi bila terasa diri dicabar oleh pembangkang yang cuba masuk campur hal UMNO, rasanya wajib Parang Pedang menghunus senjata mematahkan hujah mereka.
Kita tahu Lee Boon Chye merupakan wakil rakyat di bahagian Gopeng, Perak. Sejauh mana keikhlasan Lee Boon Chye menangani isu rakyat, Parang Pedang tak tahu.
Yang pasti ialah Lee Boon Chye mempunyai niat tertentu dalam setiap penyertaannya yang konon konon membela rakyat.
Ini terbukti apabila dia mendakwa membela pelajar sekolah agama rakyat di Pengkalan Pegoh atau lebih tepat lagi di Desa Aman. Yang menghairankan ketika demonstrasi bantahan tersebut, hanya segelintir sahaja yang hadir membuat bantahan dan majoritinya bukanlah umat Islam yang sepatutnya bangkit membuat bantahan kerana ini hal ehwal sekolah agama rakyat. Pembaca faham-fahamlah siapa yang Parang Pedang maksudkan......
Kenapa Lee Boon Chye pula yang nak masuk campur urusan sekolah agama rakyat. Dia dengan lantangnya menuduh Dato Hamidah Osman dan UMNO cuba menjadikan bangunan sekolah agama rakyat sebagai bilik gerakan UMNO sempena pilihanraya.
Lee Boon Chye tidak sepatutnya masuk campur hal sebegini sedangkan banyak lagi urusan penting berkaitan hal ehwal rakyat yang tak diselesaikan lagi olehnya.
Parang Pedang dah dedahkan segala kisah tentang Lee Boon Chye berkenaan pembabitannya dalam politik. Apa yang Parang Pedang tahu, Lee Boon Chye ibarat buangan apabila dia tidak dibenarkan bertanding menyaingi DAP di Ipoh Timur suatu ketika dahulu. Atas kesepakatan dan toleransi politik, akhirnya Lee Boon Chye bertanding di Gopeng.
Lee Boon Chye patut sedar dia dipilih bukan sebab popularitinya tetapi kerana partinya semata-mata. Lee Boon Chye pernah tewas kepada Tan Sri Ting Chew Peh ketika pilihanraya umum 2004.
Tindakan Lee Boon Chye yang berlagak bagai ayam kampung akan mengundang kesan negatif kepada keputusan undinya nanti ekoran sikap angkuhnya terhadap masyarakat tempatan.
Siapa Lee Boon Chye dimata pengundi UMNO yang berkubu kukuh di Pengkalan Pegoh serta Gopeng. Hanya keputusan pilihanraya sahaja akan menjawab segala persoalan.
Apa yang dilakukan oleh Lee Boon Chye merupakan suatu tindakan biadap terhadap penduduk bumiputera di Desa Aman. Kerajaan telah merancang apa yang terbaik untuk pelajar di Desa Aman. Tindakan bantahan pembinaan bangunan Sekolah Agama Rakyat Desa Aman ibarat mencabar hak ketuanan Melayu dan agama Islam disini.
No comments:
Post a Comment