Malam ini akan diumumkan tarikh perisyitiharan Hari Raya Aidilfitri 2010. Tak sabar parang pedang nak meraikan kemenangan menentang hawa nafsu yang selama ini membelenggu diri. Bagi Parang pedang, kemenangan ini ingin dikongsikan dengan semua insan seperjuangan Parang pedang yang turut sama berjuang bukan sahaja menentang hawa nafsu, malah mereka yang telah sama seiring menentang anasir pakatan rakyat.
Banyak kisah sedih yang Parang Pedang dengar telah terjadi terhadap rakyat jajahan pakatan rakyat ini. Rasa simpati menyelubungi diri dikala melihat mereka terpaksa menerima bahana kezaliman mereka yang sentiasa tidak berpuas hati dengan kerajaan selama ini, lalu rakyat yang menyokong kerajaan UMNO pula menjadi mangsa. Harapnya dibulan mulia Aidilfitri ini, mereka yang tertindas dengan pakatan rakyat dapat bersabar dan menjalani suasana Aidilfitri dengan tabah. Banyak kes yang Parang pedang dengar berkaitan dengan pemilikan tanah. Pemaju yang bersekongkol dengan pakatan 'Haram' ini telah memainkan jarumnya untuk memperdayakan orang-orang kampung bagi menyerahkan tanah mereka. Akhirnya ramai yang kehilangan tanah akibat kerakusan pakatan ini. Apa pun bagi Parang pedang, kuasa terletak ditangan rakyat sama ada mahukan perubahan semula setelah mengalami mimpi ngeri bersama pakatan rakyat atau kekal bersama kezaliman mereka.
Sempena Aidilfitri yang akan menjelma ini, Parang pedang ingin memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap selama Parang pedang menulis dan berjuang dimedan siber ini. Buat sahabat seperjuangan parang pedang yang dikasihi, Blogger Sekupang Dua, Awekz Bukit Gantang, Abang Tuah, Rajahmas, Panglima Perang Cyber, Beranikan Hati, Taiping Mali, Pemuda Umno Bahagian Jasin, Gomo, Perak Bangkit, Angin Pak Tam serta beberapa Bloggers yang lain. Harapnya kalau Saudara semua ada masa di pagi Syawal ini, jemput-jemputlah ke rumah saya.
1 comment:
salam lebaran, mohon maaf zahir batin, semoga PP makn mantopppp
Post a Comment