Parti PAS kini betul-betul tersepit dengan situasi politik pada hari ini. Apa tidaknya jika mereka terpaksa merayu simpati pada bangsa lain untuk memilih mereka. Malah mereka terpaksa mengkhianati prinsip parti mereka sendiri denga membuka kelab penyokong PAS kepada bukan Islam. Tanpa mereka sedar bahawa mereka sebenarnya telah dijadikan boneka oleh Parti sekutu mereka iaitu DAP. Begitu juga dengan PKR yang mana minoritinya adalah melayu kini terhimpit dengan desakan bangsa bukan melayu. Masyarakat tidak sedar bahawa tindakan mereka memenangkan parti PAS,DAP dan PKR hanya akan menguntungkan parti lain semata-mata.
Cuba bayangkan jika PKR dibawah pimpinan Anwar Ibrahim memenangi pilihanraya akan datang dan memegang tampuk pemerintahan negara. Kemudiannya diadakan pula pemilihan presiden parti. Sudah tentu majoriti bangsa bukan melayu memilih pemimpin dari kalangan bangsa mereka sendiri dan apabila menang kerusi presiden, maka secara automatiknya akan menyandang kerusi sebagai perdana menteri.
Ini bermakna, perdana menteri Malaysia nanti adalah dari kalangan bukan melayu dan bukan beragama Islam. Bayangkan apa yang akan terjadi? Kerana itulah UMNO terus menerus berjuang dan tidak berhenti mempertahankan status pemerintahan negara walaupun dihina oleh pihak pembangkang.
Puak pembangkang boleh diibaratkan seperti lembu kerana melakukan sesuatu perkara tanpa mengkaji terlebih dahulu akibat yang akan berlaku. Berbeza pula dengan Barisan Nasional yang sentiasa berbincang dan memikirkan kesan serta akibat sesuatu perkara sebelum mengambil keputusan.
No comments:
Post a Comment