Wednesday, August 12, 2009

LAYAKKAH ANWAR DISANJUNG?

Laungan demi laungan 'Anwar Pengkhianat Bangsa' semakin lantang kedengaran di segenap tempat oleh masyarakat yang sedar bertapa selama ini Bang Anwar Bin Ibrahim (BABI) Al-Juburi telah menipu rakyat dengan pelbagai janji yang hanya tinggal janji. Apa yang Anwar tawarkan kepada rakyat dengan janji manis sedikitpun tidak dilunaskan. Sudahlah tidak menunaikan janji, hak rakyat pula yang dirampasnya. Dia hanya sekadar pemerhati disaat berlaku krisis dikawasan partinya.

Kita lihat seperti kes Arak di Selangor dimana rakan sekutunya cuba menghalang minuman haram itu daripada dijual dikawasan majoriti penduduknya orang melayu beragama Islam. Akan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya dimana satu arahan dikeluarkan supaya arak-arak tersebut dikembalikan kepada pemilik premis tersebut. Didalam hal ini, dimanakah perginya pemimpin yang selama ini dianggap ketua parti apabila berlakunya hal sedemikian? Begitu juga ketika demonstrasi menyokong pemansuhan I.S.A dimana saat ketika pengikutnya sibuk mengadakan tunjuk perasaan sedangkan Anwar Ibrahim tiada bersama-sama mereka. Ke manakah perginya seorang tokoh yang dikatakan berjiwa rakyat?

Keburukan Anwar Ibrahim kian terserlah apabila beliau yang mahu bertindak menyaman Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggelarkan beliau sebagai pengkhianat bangsa. Tindakan beliau menyaman dilihat sebagai suatu usaha mengumpulkan dana dalam parti kerana jika Anwar berjaya mendapatkan nilai 100 juta maka bermakna dia akan memperolehi dana bagi mengembangkan partinya. Oleh yang demikian bagi kita yang sayangkan tanah air ini hendaklah sebulat suara menyokong kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menggagalkan hasrat jahat Anwar Ibrahim.