Tuesday, April 9, 2013

Macam Biasa setiap Kali Pilihanraya. Isu Minyak Akan Dimainkan.

Takde cerita lain dah.. Selalunya diorang akan main isu minyak naik, isu royalti dan wang ehsan hasil minyak.... Aku dah mula muak dengan Pembangkang ni, juadah kempen yang sama je setiap penggal. Tapi kali ni agak unik sikit, sebabnya diorang bangkitkan hal kereta pulak.. Tapi tak lari dari isu minyak sebab kereta juga memerlukan minyak...

Cuma aku heran, kenapa bangkitkan isu kereta? Nampaknya geng kapitalis pembangkang ni nak jimatkan duit poket diorang, tu yang nak harga kereta turun tu.. Orang susah macam aku tak mahu kereta punya isu... Soalannya, mampu ke korang pembangkang bagi makanan secara percuma kepada mereka yang tak berkemampuan bergerak? Mana baitulmal PAS? Kami orang susah jidup ni tak mahu cerita bab benda mewah sebab tu masalah orang kaya....

Jangan cerita bab kebajikan kalau tabung lahad datu pun korang samun masuk tabung parti....

No comments: