Tuesday, April 30, 2013

Ceramah isu semasa di rumah blogger Sekupangdua. Jam 9 malam di pengkalan pegoh.

Malam ni pukul sembilan malam (30 april 2013 jam 9 malam) akan diadakan satu ceramah berkenaan isu semasa bertempat di kediaman blogger Sekupangdua di Pengkalan Pegoh. Tak tahu lokasi? Korang cari jer markas PAS Pengkalan Pegoh, kat depan tu la tempat ceramahnya.

No. 12, Jalan Merbuk, Pengkalan Pegoh Tambahan 2. Tu la alamatnya untuk korang datang pada malam ni. Aku confirm hadir ke rumah chief kesayangan aku ni. Susah senang aku dia kongsi sama-sama. Apa yang dia dapat, mesti dia akan share dengan aku tak kira la walau seringgit sekalipun, tak macam sesetengah ketua yang memperkudakan anak buah sendiri tapi takde hasil. Jadi untuk program malam ni , aku pasti hadir untuk beri sokongan pada Sekupangdua.

Aku selaku wakil chief blogger aku ni menjemput kawan-kawan semua hadir memenuhi ruang perkarangan rumah Sekupangdua sekaligus kita kasi gegar markas PAS yang tak jauh dari rumah beliau...

Apa... Itu PAS ingat dia punya orang je ke suka dengar ceramah...

Kalau korang yang belum kenal aku, nanti jerit jer Parang Pedang... Aku akan muncul depan korang yang nak kenal siapa aku... Pilihanraya nak dekat dah... Buat apa pakai topeng lagi.. Biar kawan-kawan semua kenal siapa aku.

Ok geng.. Kita jumpa disana malam ni.. Assalamualaikum.

No comments: