Saturday, October 30, 2010

dog and pig party.




Kiss, lick and fuck (cium, jilat, kongkek)

*12SX*

-Nik Aziz kata mencarut tak berdosa-

Sunday, October 24, 2010

ILMAM fitnah UMNO isu International Islamic Fashion

Baru-baru ni Parang pedang terbaca laman rasmi PAS (saja baca sebenarnya)berkenaan dengan isu festival fesyen Islam. Didalam kenyataan Ustaz Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli Presiden ILMAM, mereka mengutuk sekeras-kerasnya penganjuran fesyen tersebut atas nama penghinaan terhadap Islam. Parang pedang tak tau la yang mana satu penghinaan tu. Agaknya la kan, orang-orang ni semuanya jam tengkuk bila tengok model-model tu beraksi. Tapi sayang, yang dilihat mereka tu bukanlah model sebenar dalam IFF tetapi model yang telah diubahsuai oleh pereka fesyen PAS.

Pada gambar yang telah diubahsuai oleh pereka fesyen PAS ni, model-model tersebut telah dizahirkan sebagai mereka yang memakai pakaian menjolok mata. Akan tetapi penipuan sang munafiq ini terbongkar apabila gambar sebenar model IFF didedahkan. Nampaknya hantu-hantu belaan PAS ni tak mampu melaksanakan tugas mereka.


Inilah dia hantu-hantu belaan PAS yang menggantikan model-model Islamic fashion Antarabangsa. Buat pengetahuan semua, Ini adalah gambar MONACO FASHION yang diambil diluar negara. Tetapi lahanat PAS ni telah menjadikannya sebagai gambar IFF. Ini merupakan fitnah yang paling besar sekali dalam politikus mereka.

Gambar dibawah pula merupakan gambar sebenar model-model Islamic Fashion. sangat berbeza dari gambar diatas. Apa dah jadi ni PAS? Awat hantu hangpa tak boleh bertukaq rupa lama-lama?


Tapi apa yang paling sedih sekali bila si "bodoh" dari sebuah pertubuhan boleh mempercayai bulat-bulat hal ni lalu mengeluarkan kenyataan pancung tak bertanya berkenaan fitnah yang dilakukan oleh puak mereka sendiri. Apa nak jadi ni? fikir-fikirlah sebab kenyataan yang dikeluarkan telah menjatuhkan kredibilitinya sendiri. Turun pangkat saja la wahai tuan presiden, kamu tak layak diberikan amanah kerana menabur fitnah.

Lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau dibawah ini. Bukti fitnah yang ditaburkan.



sambungan dibawah

Saturday, October 23, 2010

Ulama' UMNO

Nampaknya tak lama lagi akan ada Kelompok Ulama' dalam UMNO bagi membantu parti menerajui negara secara lebih Islamik. Parang pedang sangat gembira apabila cadangan tersebut dibangkitkan dalam Persidangan UMNO 2010. Bukan bertujuan nak berlaga mahupun berlawan-lawan dengan Ulama' PAS, tetapi ini akan mewujudkan keseimbangan antara parti supaya tidak ada sebarang pengeluaran fatwa sesuka hati.

Selama ini Ulama' PAS seringkali mengeluarkan fatwa mereka dengan sesuka hati walaupun bertentangan syariat Islam kerana mementingkan politik parti. Bahkan akibat dari fatwa tersebut, ramai penyokong PAS telah terpesong akidah mereka dari jalan yang benar.

Parang pedang nak cadangkan supaya Ulama' UMNO ini diberikan satu jawatan khas dengan memiliki peruntukan yang sepatutnya bagi membantu mereka mempejuangkan agama dan parti. Kedudukan mereka juga seharusnya terus dibawah jagaan menteri di jabatan perdana menteri tanpa ada orang tengah. parang pedang harap Kelompok Ulama' UMNO ini akan meneruskan kesinambungan pejuang agama dan bangsa dahulukala tanpa sebarang masalah. Insyaallah.

-under construction-

Friday, October 22, 2010

Suka suka jer nak kutuk......



Malas nak cakap dah...Parang pedang lebih suka melukis...sebabnya kalau melukis, orang buta huruf pun boleh faham.

Penyatuan Pejuang



Hanya difahami oleh Jiwa yang Ikhlas pada 'Satu Saf'...aku hanya menyampaikan dalam bentuk gambar kerana ia dapat dibaca melalui mata, jiwa dan akal. Bukannya dengan Harta mahupun Wang Ringgit.

Buat Saudara sekupang Dua. Kami bersama Saudara Sekupang Dua. Berjuang hingga titisan tinta darah terakhir.

Thursday, October 14, 2010

PROTES MENGELUARKAN ARTIKEL TENTANG PERAK




Bismillahirrahmannirrahim...Parang pedang dengan ini menyokong penuh "protes senyap" berkenaan pengeluaran sebarang artikel tentang isu di Perak. Bukan nak memberontak, tetapi nak mempertahankan hak Parang pedang serta rakan seperjuangan barisan pahlawan siber. Selama ini peruntukan yang sepatutnya dimiliki secara saksama antara pejuang blogger telah dikhianati oleh puak-puak yang pelahap. Tak perlulah disebut siapa puak tu asalkan mereka sedar selama ini mereka telah makan wang haram.

Selama beberapa bulan selepas Perak dimenangi semula oleh kerajaan BN, Peruntukan tersebut telah mula diberi oleh pihak tertentu, tetapi telah disalahgunakan oleh pengkhianat ini. Selama beberapa bulan ini juga Parang pedang dan saf pejuang terpaksa menelan pahit kerana berjuang tanpa dana yang patut diterima.

Demi menuntut hak saksama, Parang pedang dan barisan pejuang akan bersama-sama berganding bahu bergerak seiring memprotes dengan menghentikan sebarang penulisan berkenaan penulisan blog tentang situasi di Perak.



BESAR PUNYA

Wednesday, October 13, 2010

Ibrahim Ali Dilucutkan Gelaran Dato'?

Hari ini dunia politik Malaysia digemparkan dengan perlucutan gelaran Dato' terhadap Ibrahim Ali oleh Sultan Kelantan. Darjah kebesaran yang diterima beliau ketika Kelantan dibawah naungan Tuanku Sultan Ismail Petra ditarik balik ketika pemerintahan Sultan Kelantan kini iaitu Tuanku Muhammad V. Perlucutan Darjah kebesaran kelantan itu dilakukan tanpa mengetahui sebabnya oleh beliau. Walau bagaimanapun beliau masih bergelar Dato' menerusi darjah kebesaran DPMS dan DMSM dari Melaka dan Selangor.

Beliau yang ditemui berkata sekalipun darjah kebesaran itu ditarik semula, namun ketaatan setianya tidak akan berbelah bahagi terhadap Raja Melayu. Ketika ditemui didalam temuramahnya berkata “Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku.”

Beliau yang memenangi kerusi Pasir Mas, kelantan atas tiket PAS telah bertindak memberikan sokongan kepada UMNO sebagai wakil Bebas. berkikutan tindakannya telah menaikkan kemarahan penyokong PAS dan mendesak Ibrahim Ali supaya melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat Pasir Mas.

Beliau yang kini menjadi presiden PERKASA terus memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu dan menjadi platform bagi pengukuhan bangsa Melayu. Bagi Parang pedang, apa yang terjadi segalanya mempunyai hikmah dan diharapkan beliau terus bangkit membela nasib bangsa.

Parang pedang tak berpihak kepada sesiapa pun tetapi kalau boleh janganlah ada niat dihati kita sebagai umat Islam secara amnya dan sebagai bangsa melayu khususnya untuk menjatuhkan saudara sendiri. Semoga Dato Ibrahim Ali meneruskan usahanya membela nasib bangsa.

Udang sebalik batu



Petikan artikel diatas mungkin menerangkan sudut luar bahawa puteri kepada Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah tidak layak bertanding sebagai timbalan Presiden PKR adalah untuk memberikan laluan kepada mereka yang lebih berpengalaman dalam mentadbir parti.

Namun begitu, disebalik apa yang berlaku adalah suatu strategi PKR yang diterajui oleh master mind (Anwar Ibrahim) dalam menjadikan Nurul izzah sebagai pemimpin simpanan daripada menjadi 'basi' seperti mana yang telah berlaku kepada pemimpin-pemimpin PKR yang lain.

Nurul Izzah yang masih muda dalam menerajui parti diberikan latihan, ilmu serta pengalaman oleh ayahnya agar dapat mengukuhkan PKR pada masa akan datang. Anwar yang telah menjangka bahawa dia akan menghadapi masalah ekoran kes liwatnya serta kehilangan kepercayaaan penyokong diperingkat akar umbi. Sebagai 'protokol kedua' (secondary protocol), Anwar Ibrahim telah merancang untuk membentuk anaknya sendiri sebagai senjata utama parti suatu hari nanti.

Pada pandangan Parang pedang, Nurul Izzah ini tidak ubah seperti senjata nuklear yang akan meledak pada bila-bila masa sahaja. Seharusnya kita semua jentera parti BN sedar akan situasi ini agar dapat bersedia menghadapi senjata PKR yang baru ini. Kejayaan Nurul Izzah dalam memenangi pilihanraya bagi kawasan yang ditandinginya telah membuka mata Anwar Ibrahim bahawa anaknya mempunyai potensi untuk memimpin parti. Oleh demikian menurut perkiraan Parang pedang, Anwar Ibrahim akan mengeluarkan "secret weapon"nya disaat PKR tumbang. Nurul Izzah yang mempunyai pengaruh dikalangan anak muda mampu memberikan kekuatan sokongan dari kalangan belia. Akan tetapi sejauh manakah kebenarannya masih belum dikenal pasti. Apa yang lebih penting ialah siap sedia dikalangan pejuang bangsa dalam menanti gelora ganas hasil dari kebangkitan Nurul Izzah pada masa akan datang.

Sunday, October 10, 2010

Galas

Semalam Parang pedang Dalam perjalanan nak ke Tesco Pengkalan (Station 18), sebelum tu singgah kejap di Warung Limau Tambun. Dalam masa tengah nak duduk tu, tertembung sekelompok pemuda. Mulanya tak ambik kisah sangat sebabnya memang orang ramai ada disitu, tapi sekali pandang Parang pedang tengok macam kenal sangat dengan baju vest yang dipakai kumpulan tersebut. Rupa-rupanya mereka semua ahli PAS bahagian Gopeng. Dengan penuh bangga memakai pakaian berlambangkan 'bulan purnama', Parang Pedang rasa mereka ni akan bertolak ke Galas melalui jalan Gua Musang - Cameron Highland.

Pada pendapat Parang Pedang sendiri, semangat mereka cukup tinggi dalam perjuangan parti. Tetapi sayang sekali kerana taat setia mereka yang membabi buta sehinggakan sanggup menikam saudara seagama dan melabelkan mereka yang bukan sebumbung parti sebagai kafir.

Masih segar dalam ingatan ketika Parang pedang menyertai kempen akhir pilihanraya Bukit Gantang. Masa ada perbalahan kecil antara parang pedang dengan seorang penyokong PAS, kawan teman sendiri cuba leraikan pertengkaran tu. antara dialog yang masih Parang pedang ingat tu...

Kawan Parang pedang: sudah la tu, kita ni saudara seislam tak elok gaduh gaduh macam ni.

Penyokong PAS: ah, takder Islam-islam.

Dari dialog ni , nampak sangat Penyokong PAS ni dah sampai tahap fanatik melampaui batas. Harapnya pada pilihanraya Galas akan datang ni, sama-samalah kita hormat antara satu sama lain tanpa menghina atau mengeluarkan kata kesat sesama kita. Bukan apa, sebagai umat Islam kita semua bersaudara tanpa mengira warna kulit atau fahaman politik.

Pesan Parang pedang kepada para penyokong PAS, jangan jadikan parti sebagai penghalang untuk berbaik dengan pihak lawan.

Kepada jentera UMNO, Parang pedang mengucapkan selamat maju jaya dan semoga Allah memberikan kemenangan buat pihak kita, insyaallah.

Saturday, October 9, 2010

WANG EHSAN KERAJAAN PULAU PINANG HARAM DIGUNAKAN.

Sebaik-baik wang yang halal adalah dari sumber yang suci bersih. Ini akan menjamin diri kita didunia dan akhirat. Namun begitu, nasib sebahagian rakyat Pulau Pinang agak malang kerana menerima bantuan dari kerajaan Pulau pinang dibawah pimpinan Lim Guan Eng berupa harta yang haram. Sayang sekali kerana selama ini beliau (Lim Guan Eng) yang mengagumi Khalifah Islam bertindak melakukan perbuatan terkutuk dengan menyuap perut rakyat menggunakan hasil wang perjudian. Pada hari ini sahaja seramai 60 penerima wang ehsan berkenaan telah bertindak memulangkan semula wang tersebut.

Bolehkah pengkhianat sebegini diberi kemaafan kerana dengan sengaja menggunakan wang haram untuk dijadikan darah daging rakyatnya? bagaimana pula jika wang berkenaan digunakan sebagai salah satu sumber untuk menunaikan haji pada masa depan? Apa yang Parang pedang tahu tentang sumber wang ini, ianya datang dari hasil kelab judi lumba kuda Pulau Pinang. Sudah terang lagi bersuluh bahawa ia dari sumber yang salah. Bagaimana kerajaan pimpinan Lim Guan Eng boleh menutup mata dalam hal sensitif begini?

Kepada Rakyat Pulau Pinang khususnya, Parang pedang nak pesan supaya pada masa akan datang ini, pilihlah kerajaan yang tahu hukum halal dan haram kerana daripadanya akan membawa kesejahteraan serta kemakmuran rakyat.

Friday, October 8, 2010

NIZAR JAMALUDDIN DAH BERHENTI MENYALAK.

Alhamdulillah, semakin hari semakin lemah kedengaran salakan Nizar Jamaludin atau kita lebih senang dengan panggilan nama beliau sebagai 'Perakman' (orang zaman batu. Kalau dulu selalu jugak bangkit nama orang batu ni bila ada sidang DUN. Tambah pulak bila ada lagi geng under dog dia yang menyokong dari belakang.



Ini jelas menampakkan ketidak ikhlasan orang batu ni dalam perjuangannya. Parang pedang masih ingat ketika awal kebangkitannya selepas menang pilihanraya, bagai anjing yang berebut tulang atas tanah apabila mula berkuasa. Habis semua barang milik penyokong BN dicampak keluar. Tanah milik orang melayu digadaikannya kepada bangsa lain. Itu baru 11 bulan kita lihat, belum setahun pemerintahan zalimnya lagi. Tapi Alhamdulillah, Allah takkan biarkan hambanya dizalimi. Pemerintahan Nizar hanya bertahan seketika dan digantikan dengan kehadiran Dato' Seri Zambry Abd kadir. Lalu suburlah semula keadilan untuk rakyat negeri Perak.