Wednesday, October 13, 2010

Udang sebalik batu



Petikan artikel diatas mungkin menerangkan sudut luar bahawa puteri kepada Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah tidak layak bertanding sebagai timbalan Presiden PKR adalah untuk memberikan laluan kepada mereka yang lebih berpengalaman dalam mentadbir parti.

Namun begitu, disebalik apa yang berlaku adalah suatu strategi PKR yang diterajui oleh master mind (Anwar Ibrahim) dalam menjadikan Nurul izzah sebagai pemimpin simpanan daripada menjadi 'basi' seperti mana yang telah berlaku kepada pemimpin-pemimpin PKR yang lain.

Nurul Izzah yang masih muda dalam menerajui parti diberikan latihan, ilmu serta pengalaman oleh ayahnya agar dapat mengukuhkan PKR pada masa akan datang. Anwar yang telah menjangka bahawa dia akan menghadapi masalah ekoran kes liwatnya serta kehilangan kepercayaaan penyokong diperingkat akar umbi. Sebagai 'protokol kedua' (secondary protocol), Anwar Ibrahim telah merancang untuk membentuk anaknya sendiri sebagai senjata utama parti suatu hari nanti.

Pada pandangan Parang pedang, Nurul Izzah ini tidak ubah seperti senjata nuklear yang akan meledak pada bila-bila masa sahaja. Seharusnya kita semua jentera parti BN sedar akan situasi ini agar dapat bersedia menghadapi senjata PKR yang baru ini. Kejayaan Nurul Izzah dalam memenangi pilihanraya bagi kawasan yang ditandinginya telah membuka mata Anwar Ibrahim bahawa anaknya mempunyai potensi untuk memimpin parti. Oleh demikian menurut perkiraan Parang pedang, Anwar Ibrahim akan mengeluarkan "secret weapon"nya disaat PKR tumbang. Nurul Izzah yang mempunyai pengaruh dikalangan anak muda mampu memberikan kekuatan sokongan dari kalangan belia. Akan tetapi sejauh manakah kebenarannya masih belum dikenal pasti. Apa yang lebih penting ialah siap sedia dikalangan pejuang bangsa dalam menanti gelora ganas hasil dari kebangkitan Nurul Izzah pada masa akan datang.

No comments: