Saturday, October 23, 2010

Ulama' UMNO

Nampaknya tak lama lagi akan ada Kelompok Ulama' dalam UMNO bagi membantu parti menerajui negara secara lebih Islamik. Parang pedang sangat gembira apabila cadangan tersebut dibangkitkan dalam Persidangan UMNO 2010. Bukan bertujuan nak berlaga mahupun berlawan-lawan dengan Ulama' PAS, tetapi ini akan mewujudkan keseimbangan antara parti supaya tidak ada sebarang pengeluaran fatwa sesuka hati.

Selama ini Ulama' PAS seringkali mengeluarkan fatwa mereka dengan sesuka hati walaupun bertentangan syariat Islam kerana mementingkan politik parti. Bahkan akibat dari fatwa tersebut, ramai penyokong PAS telah terpesong akidah mereka dari jalan yang benar.

Parang pedang nak cadangkan supaya Ulama' UMNO ini diberikan satu jawatan khas dengan memiliki peruntukan yang sepatutnya bagi membantu mereka mempejuangkan agama dan parti. Kedudukan mereka juga seharusnya terus dibawah jagaan menteri di jabatan perdana menteri tanpa ada orang tengah. parang pedang harap Kelompok Ulama' UMNO ini akan meneruskan kesinambungan pejuang agama dan bangsa dahulukala tanpa sebarang masalah. Insyaallah.

-under construction-

No comments: