Wednesday, April 24, 2013

Calon N 05. Selama Akmal Kamarudin Gila kuasa.

Nampaknya apa yang aku dengar pasal Pas Perak ni memang suka main bumper car. Siapa ler taukey fun fairnya? Gamaknya Hadi Awang ni suruh anak buahnya tutup mata sebelum langgar member sendiri. Siapa yang tak kenal dengan Mohd Akmal Kamarudin.

Sebelum dia kena langgar dengan Fauzi Shaari iaitu bekas Ketua Polis Selangor, Akmal Kamarudin adalah seorang yang dicanangkan selaku calon Parlimen Larut. Ia berikutan PAS pusat yang mengambil tindakan menggugurkan calon Parlimen Larut (sebelum dicalonkan semula) iaitu Fauzi Shaari yang mempunyai skandal mahligai bernilai RM5,000,000.00 (5juta).

Ekoran dari dibuang sebagai calon Parlimen Larut, Fauzi Shari bertindak menggertak PAS pusat untuk keluar dari parti. Ini menyebabkan PAS pusat mengambil semula Fauzi Shaari sebagai calon Parlimen Larut. Seperti yang dijangka, Akmal Kamarudin yang tersepit ditengah-tengah kerana pencalonannya sebagai wakil Parlimen Larut telah dibatalkan pergi meminta seseorang yang mempunyai hubungan rapat dengannya iaitu bapa mertua beliau sendiri.

Atas desakan bapa mertuanya ke atas PAS Larut, akhirnya Akmal Kamarudin diangkat sebagai Calon N 05 - Selama. Begitulah kisahnya sikap gila kuasa Akmal Kamarudin yang berkeras mahu bertanding sedangkan dia sendiri tahu dia tak popular di Selama.

Apa boleh buat.... Kalau dah biasa makan bangkai, tetap juga nakkan bangkai walau dah dijamu dengan makanan lazat.... Inilah sikap Akmal Kamarudin yang mahukan kuasa sebagai wakil rakyat walaupun dibenci. Ekoran dari tindakan Akmal Kamarudin ni, Dr. Dhari yang sepatutnya menyandang kerusi DUN 05 -Selama telah diketepikan.

Marah atas tindakan Akmal Kamarudin yang mementingkan diri sendiri, beliau (Dr. Dhari) bersama 14 cawangan PAS Larut keluar parti bagi menentang Parti PAS sendiri. Kita kena faham bahawa Akmal Kamarudin bukanlah anak jati Selama. Dia hanya seorang yang terbuang dari pencalonan parlimen Larut akibat asakan Fauzi Shaari calon PAS Parlimen Larut.

Kalau PAS di Selama menolak kehadiran Akmal Kamarudin sebagai calon Selama, apa pula kita yang tak berapa kenal dengan calon gila kuasa ni? Jom pakat tolak Akmal Kamarudin dari terpilih sebagai wakil rakyat Selama. Kita bukan undi tunggul, kita undi pemimpin....




No comments: