Thursday, February 9, 2012

PUTRAJAYA.... Dulu kata membazir. Sekarang nak ditawan pula.

Hairan......cukup hairan..... Cakap tak serupa bikin la pembangkang ni. Dulu masa pentadbiran di bawah PM ke 4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad ketika pembukaan Wilayah Persekutuan Putrajaya, pembangkang kata ia satu pembaziran besar. Tapi sekarang lain pula jadinya apabila mereka kata mahu mentadbir Putrajaya.

Apa tujuan mereka pula kali ini? Tidak cukupkah mereka dah rosakkan kawasan yang ditakluki dan kini mahu merosakkan Putrajaya pula. 

Parang Pedang berdoa semoga Wilayah Putrajaya terselamat dari dilanggar oleh pbangkang yang dikenali sebagai perosak bangsa. Jangan lupa pada perbuatan PAS yang menggadaikan tanah di Perak pada pihak yang tak sepatutnya. Suatu dosa yang tak terampun oleh kita semua terhadap mereka.

Jangan gadaikan Putrajaya kerana ia satu-satunya kawasan majoriti bumiputera dengan lambang kemakmuran negara. Walaupun Parang Pedang orang Ipoh Perak, tapi sayangnya Parang Pedang pada Putrajaya tidak berbelah bahagi. 

Putrajaya akan cuba Parang Pedang bela nasibnya dengan mata pena hingga terjaminnya daripada anasir Pakatan Pembangkang.

Kerana di Putrajaya adanya jiwa raga Parang Pedang....

No comments: