Sunday, February 5, 2012

PRU 13…. PERANG CYBER PALING SENGIT AKAN BERLAKU.

Bukan nak mendabik dada, tapi Parang Pedang berbangga kerana akan menjadi salah seorang pejuang cyber yang bakal bertempur secara sengit dalam pilihanraya 13 nanti. Lebih membanggakan juga, inilah peperangan politik paling bersejarah kerana melibatkan dunia teknologi tanpa sempadan. Jika dahulu kita lihat perang poster dianggap paling sengit kerana pelbagai bentuk, pelbagai logo dan pelbagai warna parti akan digantung serta bendera pelbagai jenis akan berkibar tanda pilihanraya akan berlangsung. Kini suatu perang besar antara parti akan terjadi dalam suatu dunia maya, senyap di alam nyata tetapi panas berapi didalam layar komputer.

Parang Pedang sendiri telah bersumpah untuk memastikan setiap hujah lawan dipancung hingga mereka kehabisan idea. Pilihanraya adalah penentu kepada corak pentadbiran negara sama ada kepada golongan kerajaan mahupun swasta. Bagi yang kerja disektor kerajaan, perubahan pentadbiran akan membawa suatu kesan tak terjangka menyebabkan sistem didalamnya berubah. Begitu juga swasta dimana kesan perubahan ekonomi dan struktur perundangan dipinda mengikut corak parti yang menang. Disinilah tugas angkatan perang siber untuk menyerang atau mempertahankan parti yang dijunjung. Parang Pedang yang berjuang atas landasan Barisan Nasional berpaksikan Perak Cyber Trooper akan memastikan fitnah, hujah dan taktik lawan dipatahkan dan serangan balas dihantar sehingga pihak lawan lumpuh.

Apa yang penting sekarang ialah persediaan dari segi pengetahuan dan strategi serta maklumat yang cukup tentang lawan. Perang siber bukanlah suatu yang boleh dibuat main kerana setiap kenyataan jika berbaur fitnah boleh mendatangkan masalah jika yang difitnah membuat laporan polis. Akan tetapi cara ini boleh memberikan kesan kepada yang diserang mahupun yang menyerang kerana pembaca akan membuat penilaian tentang isu berbangkit seterusnya membuahkan hasil pada jumlah kertas undi.

Parang Pedang ucapkan selamat berjuang kepada troopers pro BN.... jangan bezakan darjat antara blooger kerana kita adalah satu dibawah angkatan yang sama.

No comments: