Tuesday, February 21, 2012

ALLAH REDHO PADA UMNO - Y.B Dato Hamzah Kassim (Gopeng)

Ucapan Yang Berhormat Dato' Hamzah Kassim pada Majlis Jasamu Dikenang di Rapat Setia Ipoh semalam benar-benar menusuk jauh ke dalam jiwa  para pejuang bangsa. 

Keprihatinan Y.B Dato Hamzah terhadap nasib bangsa melayu tidak dinafikan lagi menerusi program mengenang jasa tokoh pejuang tempatan. Disamping itu juga terdapat beberapa keluarga kurang mampu diberikan bantuan berupa kotak makanan. 

Turut sama disertakan gambar sepanjang majlis berlangsung.

Gambar 1

Gambar 2

Y.B Dato Hamzah didalam ucapannya menyatakan bahawa Allah Taala memilih UMNO sebagai parti pilihan yang layak untuk menuntut kemerdekaan dari penjajah kerana semangat perjuangan bangsa melayu itu sendiri. Para hadirin khusyuk mendengar ucapan beliau memberikan tepukan gemuruh atas seruan seorang pemimpin.

Majlis yang tamat sekitar jam 6.30 petang itu berakhir dengan majlis pengagihan kotak bantuan makanan kepada mereka yang terpilih. Menurut beberap penerima bantuan yang ditemui berkata bahawa mereka berterima kasih kepada Y.B Dato Hamzah atas sumbangan yang diberi.

Kepada Yang Berhormat Dato Hamzah Kassim, jutaan terima kasih dari Parang Pedang (mewakili Perak Cyber Trooper) kerana sanggup turun padang melihat dan membantu mereka yang kurang berkemampuan di kawasannya.

No comments: