Saturday, February 18, 2012

ANWAR IBRAHIM HILANG PENGARUH BESAR DALAM PAKATAN RAKYAT.

Nampaknya kali ni ikan belut dah masuk bubu, begitulah dengan Anwar Ibrahimb apabila tembelangnya yang seringkali berpihak kepada rejim Israel diketahui umum. Malaysia sememangnya sebuah negara yang menharamkan pengaruh yahudi dan tidak mengiktiraf negara haram Israel. Hubungan diplomatik dengan Palestin lebih kukuh bersama Malaysia, tetapi kenapa Anwar Ibrahim lebih-lebih pula menyokong negara Israel? Banyak persoalan yang timbul apabila Anwar Ibrahim menimbulkan beberapa kontroversi berkaitan pihak luar negara, kini timbul pula isu sokongannya terhadap keselamatan negara Haram Israel. 

Dulu kita pernah dengar bahawa Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan tidak menyokong pembentukan negara Islam di Malaysia dikaca tv luar negara, kemudian meminta simpati pihak luar negara berkenaan skandalnya. Siapa Anwar Ibrahim dikalangan mereka (pihak luar)? Masih ingat lagi ketika kemerosotan ekonomi negara, Anwar Ibrahim pernah meminta pemimpin Malaysia membuat pinjaman dari pihak bank dunia (IMF). Jika tindakan ini diambil oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu, sudah pasti Malaysia akan berhadapan dengan seribu satu masalah hutang seperti yang berlaku di Amerika Syarikat sekarang. 

Sepatutnya kita bersyukur kerana negara tidak terikat dengan beban kewangan dunia akibat meminjam dari bank dunia. Langkah pemimpin kita sememangnya suatu tindakan bijak kerana percaturan mereka menghasilkan kebebasan dari masalah kewangan. Anwar ibrahim sememangnya tidak melihat ini semua, atau adakah wujudnya muslihat disebalik desakannya supaya negara ini meminjam wang dari pihak luar agar terjadinya beban hutang hingga negara tidak mampu membayar semula dan melalui cara ini, rakyat akan menderita dan pemberontakan boleh dilakukan seperti yang berlaku di Timur Tengah? 

Begitu licik permainan Anwar Ibrahim dalam mengaburi mata rakyat. Akan tetapi kita semua sedar permainan catur Anwar Ibrahim tidak akan kemana. Kali ini Anwar Ibrahim terperangkap dengan kenyataan terbarunya ini, checkmate!

PAS, DAP bahkan PKR sendiri telah mula mempersoalkan status kenyataan Anwar Ibrahim. Siapa Anwar Ibrahim? Apa corak permainannya kali ini? Dan apa motif tindakannya cuba berbaik dengan Israel? Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel, mengapa Anwar Ibrahim pula beriya-iya membela negara haram tersebut? 

Tetapi jika tidak tersilap kenyataan ini, kebarangkalian Anwar Ibrahim cuba menarik perhatian negara barat bahawa dia berpihak kepada mereka. Dengan cara demikian Anwar Ibrahim akan mendapat sokongan pihak luar dan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini maka pihak barat akan memilih Anwar Ibrahim sebagai pemimpin kerana hubungannya dengan pihak barat yang lebih akrab. Jadikanlah negara Afghanistan dan Iraq sebagai suatu contoh yang paling hampir kerana Barat terutamanya Amerika tidak mustahil akan mengganggu gugat kedaulatan negara kita jika mereka mahu, Anwar Ibrahim sudah pasti akan melobi namanya sebagai pemimpin yang layak mentadbir Malaysia sebagai pengganti pemimpin yang ditumbangkan. 

Inilah yang merisaukan kerana Anwar Ibrahim pernah mengeluarkan kenyataan penuh tandatanya dengan berkata bahawa Malaysia tidak akan menjadi negara Islam, keduanya sistem perundangan Islam pasti akan dipecahkan menjadi lebih kecil (terbukti apabila Anwar Ibrahim mempertikaikan tentang undang-undang mengenai hubungan seksual sesama jenis), ketiganya pula Anwar Ibrahim cuba berbaik-baik dengan negara haram Israel. 

Apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sangat bertentangan dengan budaya masyarakat di Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia telah nampak sikap sebenar Anwar Ibrahim dengan mata mereka sendiri bertapa hapraknya pemimpin pembangkang ini. Pengaruh Anwar Ibrahim juga telah hilang begitu banyak dan kemungkinan besar kejatuhannya pada pilihanraya kali ini mencapai separuh berbanding saat kebangkitannya dahulu.

Apa pula alasan Anwar Ibrahim kali ini bila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz meminta keterangan dari dia? Anwar Ibrahim terdiam dengan tuntutan kenyataan tersebut. Memang jelas, Anwar Ibrahim sudah hilang pengaruh dalam dunia politikusnya.

No comments: