Wednesday, October 19, 2011

Wujudkan Koperasi Bloggers Pro Kerajaan

Tajuk ni tak tahulah Parang Pedang sama ada isu ini sudah dibangkitkan atau tidak, jika sudah dibangkitkan maka Parang Pedang anggap sebagai ingatan semula. Ke mana-mana saja Parang Pedang pergi maka akan terserlah papan tanda tertera koperasi pelbagai pertubuhan tidak kira kerajaan mahupun swasta. Dalam masa yang sama Parang Pedang yang hidup dalam dunia penulisan blog merasakan bahawa adalah sepatutnya para bloggers pro kerajaan juga harus memiliki sebuah koperasi. Tidak kira atas landasan mana jua penulis blog tersebut, asalkan berjuang pertahankan BN maka sudah cukup syaratnya.

Tujuan utama koperasi yang Parang Pedang cadangkan ini adalah sebagai jaminan masa depan kepada para penulis blog bagi memudahkan segala urusan berkaitan kebajikan dan keperluan. Disini Parang Pedang ingin mencadangkan beberapa isi dalam sebuah koperasi bloggers jika ia menjadi kenyataan.
1. Membuka peluang menjana pendapatan para penulis blog menerusi pelaburan dan perolehan dividen tahunan.
2. Menjalankan urusniaga konvensional (runcit) atau produk dan tawaran harga istimewa untuk ahli koperasi.
3. Memberikan latihan kepada ahli koperasi sama ada kemahiran mahupun kursus jangka pendek.
4. Menyediakan biasiswa bagi anak-anak ahli koperasi bloggers yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
5. Menyediakan dana kebajikan bagi membantu ahli koperasi yang ditimpa musibah.
6. Menjadi platform bagi menyampaikan sebarang suara cadangan atau kritikan dalam dunia blog.
Mungkin lebih banyak kegunaan koperasi ini jika ia mula diwujudkan nanti. Apa yang Parang Pedang perkatakan ini adalah untuk manfaat semua bloggers dan ia hanya dapat direalisasikan sekiranya semua pihak bersetuju dan mula melaksanakannya.

No comments: