Wednesday, October 19, 2011

Doktor perlu tingkatkan tahap kecekapan tugas

Sejak kebelakangan ini Parang pedang asyik keluar isu berkaitan hospital saja. Bukan kerana Parang Pedang berkerja disana dan tidak juga Parang Pedang sakit. Tetapi disebabkan oleh salah seorang ahli keluarga Parang Pedang yang sakit dan ditemani oleh Parang Pedang. Ada satu cerita yang ingin Parang pedang kongsikan kepada semua pihak, anggap saja ini satu aduan kepada pihak tertentu. Suatu insiden yang berlaku di katil 40 wad 5B Hospital Raja permaisuri Bainun sekitar jam 5 pagi pada 15 Oktober 2011 telah mendorong Parang Pedang untuk menulis artikel ini. Bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi untuk mengajar tentang perlunya sikap ambil tahu tentang tugas yang dipikul oleh para doktor. Selaku pegawai perubatan, tidak seharusnya istilah cuai diguna pakai dalam profesion mereka. Apa yang berlaku tadi sebagai perbuatan yang tidak boleh diterima oleh Parang Pedang apatah lagi pesakit tersebut. Bagi menjalani sesuatu prosedur pengeluaran darah dari tubuh pesakit, doktor yang terlibat sepatutnya tidak membiarkan alatan suntikan yang telah diguna pakai diatas katil pesakit. Mungkin terlupa atau sibuk melayan pesakit lain sehinggakan doktor tersebut terlupa untuk menyimpan jarum yang telah digunakan terhadap pesakit. Berang dengan tindakan doktor terbabit, waris pesakit telah mengadu keadaannya dan hal ini didengari oleh Parang Pedang yang kebetulan berada disana.
Apa yang dapat Parang Pedang simpulkan disini ialah tahap kecekapan tugas seorang doktor perlu dipertingkatkan lagi bagi menjamin kualiti kesihatan rakyat Malaysia. Apa yang Parang Pedang lakukan bukanlah menunding jari kepada pihak yang terbabit tetapi menyampaikan luahan rakyat yang mengalami kejadian tersebut dan menjadi pengajaran buat penjawat awam yang melaksanakan tugas supaya lebih cermat dan berhemah.
Orang mungkin akan tanya apa hak Parang pedang untuk membangkitkan isu ini dalam blog politik. Cuma satu sahaja jawapan Parang Pedang, Politik adalah dasar dan Pentadibran pula perlaksanaan. Kerosakan perlaksanaan lambang kelemahan dasar. Bagi Parang Pedang, jawatan yang diamanahkan oleh Kerajaan kepada Penjawat Awam haruslah dipikul dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.
Kepada doktor yang terlibat, Parang Pedang minta maaf kerana terpaksa menyiarkan artikel ini bagi pengajaran dimasa akan datang. Begitu juga petugas-petugas perubatan yang terlibat dalam insiden tersebut.

P/s: Kalau ikut hati Parang pedang , mahu jugak dicucuk hidung doktor tersebut.

No comments: