Tuesday, October 4, 2011

Parti Rojak

Siapa suka makan rojak? Parang pedang tahu rasa rojak memang sedap…tambah-tambah lagi kalau kena pada waktunya. Macam-macam ada dalam rojak yang kita selalu makan, ada timun nenas sengkuang jambu dan bahan lagi.Tapi Parang pedang bukanlah nak promotekan rojak disini sebab kita semua dah kenal dengan rojak, tak perlu lagi nak cerita panjang tentang rojak.
Namun begitu, kenalkah kita dengan parti rojak? Namanya memang agak pelik tapi itulah hakikat tentang parti rojak ni yang Parang pedang nampak. Bukanlah maknanya parti tersebut menjual rojak atau menjadikan rojak sebagai ikonnya, tetapi pemikiran pemimpin tersebut yang memang dah macam rojak. Macam mana pula ia dikatakan parti rojak? Senang sahaja, apa bila suatu pemimpin itu datang dari suatu parti kemudian membuat najis dalam parti yang disertainya lalu dibuang dan dia sendiri menubuhkan parti baru ke dalam suatu pakatan dengan membawa acuan parti lama yang disertainya. Lalu bercampur dengan parti-parti lain dalam sebuah mangkuk bernama pakatan rakyat. Sekali pun ia dipanggil rojak, isi dalamnya tetap berlainan jenis dan takkan bersatu antara satu sama lain.
Parang Pedang memandang parti rojak ini dalam dua sudut pandangan berbeza, satu dari sudut positif manakala satu lagi dari sudut negatif. Jika dilihat, perihal negatifnya lebih banyak dari positif dan lebih banyak memberikan kemudaratan. Kita akan kupas terlebih dahulu kesan positif hasil dari parti rojak ini. Pertama sekali ialah kesan dari parti rojak akan saling mengingatkan antara satu sama lain akan kelemahan dalam parti yang harus diperbaiki. Parti yang tidak ditegur mungkin akan terus melakukan pelbagai kesilapan tanpa diperbetulkan. Dengan adanya campuran pelbagai parti dalam satu pakatan akan menjadikan sesebuah parti yang menyertai menjadi lebih baik.
Disebalik kesan positif yang diberikan, lebih banyak kesan negatif akan timbul dan ini mampu memberikan kesan buruk terhadap rakyat dan negara. Bayangkan sebuah gabungan yang tiada jenama menjaga sebuah negara, apakah masing-masing akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu perkara tidak baik terhadap negara? Pastinya setiap parti akan menunding jari antara satu sama lain. Tambahan lagi parti masing-masing akan menonjolkan dasar pemerintahan sendiri dan akan berlakulah perbalahan diperingkat awal pentadbiran mereka.
Kesan buruk yang ketara dapat dilihat adalah kerosakan dasar parti masing-masing, ada yang tercabut tangan, tertanggal kaki, hilang kepala dan akhir sekali hilang rupa sebenar parti tersebut. Parang Pedang beri satu contoh kesan kerosakan dasar parti iaitu dasar sebuah parti yang mahukan hukum Islam secara total manakala sebuah parti lagi mahukan dasar republikan sedangkan parti lain berpecah kepada dua kumpulan mengikut dasar-dasar yang diperkenalkan.
Bagaimana penerimaan orang ramai terhadap parti rojak ini? Mungkin semua akan kata sedap dan kemudiannya masing-masing akan berlari ke tandas sambil menyumpah seranah parti rojak ini. Ini senario yang akan berlaku selepas beberapa ketika parti rojak memerintah. Lihat sajalah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan kelantan yang dipimpin oleh parti rojak, bergabung atas nama pakatan rojak tetapi berlainan rasa. Akibatnya, masing-masing tidak mahu menerima pendapat dan dasar pihak lain.
P/s: Gajah sama gajah bergaduh, pelanduk ditengah jadi mangsa.

No comments: