Wednesday, October 19, 2011

Kawasan Rekreasi Lubuk Timah Perlu Penjagaan Rapi

Ramai yang tertanya-tanya apa itu Lubuk Timah? tempat memancing ikankah atau nama lombong bijih timah? Sebagai mukadimah kepada yang belum mengenali Lubuk Timah, ianya merupakan sebuah tempat rekreasi yang menggandingkan dua suasana iaitu kolam air panas dan air terjun.
Istimewanya tempat ini ialah udara nyamannya dan bunyi air terjun yang boleh didengari sambil bersantai dalam kolam air panas. Kedudukannya yang terletak di jalan menghala ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai. Sayangnya ada yang tidak mengetahui tentang tempat rekreasi ini walaupun mereka berulangkali pergi ke Cameron Highlands melalui jalan tersebut. Bukan mereka tidak mahu ke sana tetapi keadaan kawasan rekreasi tersebut yang agak menyedihkan dengan penyelenggaraan yang kurang. Ditambah pula papan tanda menghala ke tempat rekreasi tersebut yang kecil dan pudar.
Parang Pedang yakin jika kawasan tersebut dibangunkan, ia dapat menjana pendapatan penduduk setempat dan secara tidak langsung menjadi salah satu tempat wajib dikunjungi dalam Perak bagi pelancong luar. Kerajaan BN Perak diharapkan dapat mengambil perhatian terhadap tempat rekreasi ini memandangkan ia agak popular bagi yang mengetahui tentang tempat berkelah ini. Selain tempat rekreasi Ulu Chepor di Utara Ipoh, Lubuk timah pula boleh dijadikan opsyen bagi kawasan Selatan Ipoh.
Parang Pedang melihat potensi Lubuk Timah sebagai kawasan rekreasi keluarga amat cerah jika beberapa langkah diambil dan antaranya ialah baik pulih jalan raya ke kawasan terbabit, papan tanda yang jelas, landskap di sekitar kawasan, jaminan keselamatan di tempat rekreasi serta promosi yang berterusan.
Ini cuma sekadar cadangan dari Parang Pedang, mungkin Kerajaan BN Perak mempunyai perancangan yang lebih baik. Apa yang ditulis hanya suatu pendedahan tentang potensi kawasan rekreasi ini dan mungkin ia boleh ditambah baik dengan mewujudkan kawasan jungle tracking serta tempat latihan jati diri dan motivasi.

Parang Pedang kata: dulu selalu ikut kawan berendam dalam kolam air panas Lubuk Timah tengah malam buta….memang kerja gila.

No comments: