Saturday, April 9, 2011

71 vs 142

Apa yang ingin Parang Pedang katakan berkenaan tajuk berikut bukanlah tentang gelanggang tinju atau gusti sebaliknya tentang gelanggang yang sangat jarang ditonton dan berlaku. Jika dibandingkan dengan gelanggang gusti atau tinju yang kerapkali diadakan, gelanggang kali ini melibatkan buka satu pihak sahaja tetapi seluruh jenteranya sekali akan dikerahkan. Kepantasan jenteranya adalah penentu kepada kredibiliti sesuatu pihak untuk memenangi hati penyokong dan penonton. Itulah adat gelanggang politik yang berlangsung selang beberapa tahun sekali sama ada di semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak.

Pertarungan yang ingin diperkatakan pada artikel kali ini adalah berkenaan dengan pertarungan dipentas politik Sabah dan Sarawak atau lebih mudah kita sebut sebagai pilihanraya negeri. Apa yang menarik pada pertarungan kali ini ialah tiada pengisyitiharan kemenangan tanpa bertanding di mana-mana DUN kerana semua kerusi mempunyai persaingan tersendiri.

Namun begitu BN tetap BN yang bertanding atas satu tiket sahaja iaitu Barisan Nasional. Apa pun nama calon tersebut yang bertanding atau atas tiket parti mana pun dia sertai maka jika parti tersebut bersatu dibawah panji Barisan Nasional, ia tetap kekal dengan nama Barisan nasional. Inilah yang menjadi keistimewaan Barisan Nasional yang bergerak seiringan tanpa ada perbalahan serta saling bertolak ansur. Melihat kepada pilihanraya negeri Sabah dan sarawak kali ini, jelas kelihatan parti Barisan Nasional tidak sedikit pun gentar kepada parti lawan sama ada lawan dari semenanjung mahupun lawan dari Sabah dan Sarawak sendiri.

Dengan penyatuan parti parti komponen dibawah nama barisan nasional, kekukuhan parti bertambah baik dengan gabungan pasukan jentera dan pertahanannya sama ada secara fizikal, mentaliti sokongan tenaga dan juga barisan media. Ini termasuk juga saf saf pejuang cyber seperti blogger dan trooper laman sosial. Tanpa mengira dimana juga dan siapa calonnya, kesemua pejuang ini terus membantu tak kira masa sama ada siang mahupun malam. Malah ada juga saf pejuang cyber bergerak selama 24 jam tanpa henti untuk membantu kemenangan BN.

Tindakan 2 lawan satu oleh pembangkang jelas membuktikan pembangkang berhadapan dengan sebuah parti gergasi yang sangat matang dalam soal pentadbiran. Begitu juga dari sudut pemberian jasa bakti kepada rakyat di sabah dan sarawak masih belum mampu ditandingi oleh pihak pembangkang. Cuma apa yang dilakukan oleh pembangkang hanyalah sekadar pemberian kecil seperti bekalan makanan dan keperluan harian, kemudiannya diperbesar-besarkan ke seluruh negeri agar dilihat menyumbangkan jasa. Sedangkan apabila kepercayaan telah diberikan maka ia dikhianati dan dipersiakan oleh pihak pembangkang.

Pada pilihanraya negeri Sabah dan Sarawak kali ini, terdapat 2 kawasan yang menghadapi persaingan 6 penjuru dimana BN akan ditentang oleh 5 lawannya. Begitulah kekuatan BN yang tidak akan berundur walau lawannya ramai kerana keikhlasan BN mahu mempertahankan nasib rakyat. Penamaan calon yang barlangsung menampakkan wajah-wajah bakal pemimpin kawasan masing-masing. BN telah meneliti profil calon supaya dapat mentadbir kawasan dengan sempurna. Sikap saling bertolak ansur antara parti komponen menjadi rahsia BN mampu menyediakan calon terbaik.

Suasana kawasan penamaan calon dipenuhi bendera biru yang membawa mesej keamanan dan kemakmuran untuk rakyat disamping menjadi simbolik warna kematangan kepada parti. Begitu jualah dengan simbol dacing yang memberi makna kesaksamaan dan keseimbangan dalam pentadbiran agar nasib rakyat terpelihara.

Hingga kini semua pejuang BN telah bersedia dengan senjata masing-masing bagi menghadapi lawan. Tidak kira secara realiti ataupun dialam maya (cyber). Semuanya bertungkus lumus membantu parti agar memenangi lawan terutamanya apabila setiap calon menghadapi lebih dari satu lawan atau lebih. Pada BN, kuantiti bukanlah penentu kepada kemenangan. Akan tetapi kualitilah yang jadi penentunya disamping kerjasama erat antara jentera. Diri Parang pedang sendiri meronta-ronta mahu turun ke bumi Sabah dan Sarawak untuk berjuang bersama sama rakan seangkatan dari Perak ke sana (Sarawak) tapi apakan daya tidak mampu dari segi kewangan. Namun begitu ia bukan alasan untuk Parang Pedang tidak melancarkan perang saraf dialam maya.

*Parang Pedang kini sedang berjuang dan mengurangkan masa rehat yang sepatutnya demi Agama, bangsa dan tanah air (Alif Ba Ta)

No comments: