Monday, March 4, 2013

Rakyat mula menyokong BN setelah peristiwa Lahat Datu

Inilah akibatnya bila menanamkan minda subversif dalam diri. Bila timbul isu kenegaraan sahaja, mereka
( pemimpin pembangkang ) mula la kata ini cuma sandiwara dan rancangan BN.

Tanpa mereka sedar mereka sebenarnya menyokong serangan ke atas negara ini demi tujuan merampas pentadbiran Malaysia diluar konsep demokrasi.

Mereka tahu bahawa menerusi pilihanraya dan sokongan rakyat, mereka tidak dapat memperolehi majoriti undi seperti apa yang diimpikan. Jalan terakhir ialah menggalakkan serangan luar serta mengkucar kacirkan negara. Bila kegincangan pentadbiran berlaku maka mudahlah bagi mereka melakukan serangan dari dalam pula.

Inilah rancangan pembangkang yang dipimpin oleh seorang master mind. Bagi yang telah membaca rancangan jahat ini, kemarahan tak dapat dibendung lagi kerana berhadapan dengan ular tedung dalam rumah ni. Nak diketuk tiada senjata, nak dipegang takut dipatuk, nak halau pula dia mana reti bahasa.

Kita kena sedar pasal pengkhianat ni memang tak layak pegang Malaysia. Takut tergadai negara kita ke tangan musuh luar. Jangan lupa, negara lain menanti kita bagai menghadap hidangan lazat.

No comments: