Monday, March 11, 2013

Pelajar sekolah dan Ipta lebih bersemangat dalam aktiviti beruniform sejak peristiwa Lahad Datu.


Nampaknya dihadapan mata aku sendiri, kelihatan segala pasukan unit beruniform termasuk silat, taekwondo dan karate telah meningkatkan lagi aktiviti mereka selaku pelapis anggota keselamatan negara.

Syabas adik-adikku yang bersemangat patriotik. Abang bangga dengan apa yang kamu semua lakukan. Lepas ni jangan la pula ada yang nak mengelak dari Latihan Khidmat Negara, boleh belajar main senapang masa dalam kem tu nanti. Bagi kita yang dah lepas sekolah ni dan bekerja dalam sektor kerajaan atau swasta, tiada alasan untuk tak berkhidmat sebab kita ada peluang menyertai Pasukan sukarelawan seperti JPAM, WATANIAH, RELA dan pasukan sukarelawan yang lain.

Bagi ahli beladiri seperti silat, karate, taekwondo, wushu, dan pasukan beladiri yang lain, teruskan usaha kerana anda adalah nenteng pertahanan negara yang ketiga selepas ATM dan PDRM. Ini diperakui oleh pemimpin negara kita tak lama dahulu.

Bersama kita menjaga keamanan serta kedaulatan tanah air kita ini.

No comments: