Friday, May 3, 2013

DAP akan mewujudkan semula ISA jika mentadbir Malaysia.


Kita tahu bahawa Singapura yang diterajui pleh People Action Party (PAP) adalah mentor kepada parti DAP di negara kita. Percaya atau yidak bahawa jika Malaysia sudah memansuhkan akta Keselamatan Dalam Negeri yang memperuntukkan tangkapan tanpa bicara bagi jaminan keselamatan negara terpaksa menerima semula ISA apabila pakatan memegang tampuk pentadbiran negara.

ISA masih berkuatkuasa di Singapura dan korang semua kena tahu juga bahawa silibus pentadbiran DAP nanti akan berjalan berpandukan sistem pentadbiran Singapura. Jadi disini aku nak tanya korang yang selama ni berjuang memansuhkan ISA dan telah berjaya memujuk PM kita Dato Seri Najib supaya memansuhkan ISA, sanggup ke korang terima ISA semula dan menyekat hak korang bersuara nanti? Kerana ISA di Singapura ler suara melayu tak kedengaran sebab diorang takut kena tangkap tanpa bicara, anak bini hidup sengsara. 

Korang semua termasuk aku sendiri rasa bertuah sebab sejak permansuhan ISA Malaysia, rakyat bergerak dan bersuara dengan bebas tanpa sekatan. Korang tak suka suasana macam ni ke? Apa korang fikir PAS dan PKR akan pegang Malaysia nanti? Sorry, korang cuma bermimpi. Berapa banyak kaum bukan melayu akan menyokong DAP dan mengambil alih pentadbiran kita. 

Jangan lupa yang dulu DAP pernah pecah dari Pakatan Rakyat sebab tak puas hati dengan PAS.. Tak mustahil ia akan jadi lagi. Bagi korang yang ada akal, fikirkanlah. Jangan sekadar menang kibar bendera, menang sorak tapi kalah undi kepada DAP.

No comments: