Saturday, May 4, 2013

Bila tarikh sebenar Mustaffa Ali bernikah?

Lebih dua minggu lalu kita digemparkan dengan video skandal Mustaffa Ali yang dilihat melakukan persetubuhan haram dengan seorang perempuan. Agak lama jugak Mustaffa Ali berdiam diri tanpa sebarang jawapan. Hanya membuat kenyataan bahawa peguamnya sedang menguruskan kes ini.

Peguam uruskan apa? Uruskan pembelian surat nikah ke? Lepas dua minggu baru nak keluarkan surat sijil perkahwinan dia dengan perempuan tu. Siap ada suara yang membela Mustaffa Ali lagi tu. Sakit lutut, tak pakai seluar dalam, pengakuan perempuan tu bahawa dia yang merancang rakaman tu. Tapi tiba-tiba sahaja muncul surat nikah, itu yang musykil tu......

Kalau kita dok fikir secara logikal. Bila sebenarnya tarikh Mustaffa Ali bernikah? Kenapa baru sekarang nak mengaku dah bernikah? Dan kenapa buat projek kat hotel? Satu lagi soalan aku... Kenapa kalau perempuan tu bini Mustaffa Ali, kejap sangat jumpanya? Lepas beromen, terus balik...

Mustaffa Ali tolong jawab yer..... Aku tanya jer... Ko jawab dan rakyat akan menilainya...

No comments: