Wednesday, May 1, 2013

Alhamdulillah... Masyarakat dalam Parlimen Larut dah tahu siapa sebenarnya calon PAS Parlimen dan DUN Larut.

Puji pujian bagi Allah yang maha agung dan membuktikan kebenaran orang yang benar. Aku dapat tahu, ramai yang selama ni menyokong PAS didalam Parlimen Larut iaitu Parlimen Larut sendiri, DUN Kubu Gajah, DUN Selama dan DUN Batu Kurau mula meninggalkan parti PAS dan berpecah menjadi dua pihak iaitu menyokong UMNO dan bebas tanpa parti.

Yang penting sekarang PAS sudah tiada mandat daripada rakyat seluruh Larut. Bagi akula, tak ada ruginya kalau tak menyokong PAS sebab dari segi akidah, PAS memang dah tak ada istilah Islam didalamnya.

Orang dalam Parlimen Larut bukan bodoh seperti yang difikirkan oleh PAS selama ni. Kalau setakat guna nama Islam, UMNO sendiri menitik beratkan soal agama Islam malah mengekalkan adat istiadat selaku orang melayu.

Sekali lagi aku panjatkan rasa syukur ke hadrah Allah Subhanallah Taala atas kesedaran yang ditiupkan keatas masyarakat Larut. Semoga BN terus menyinari seluruh Larut dan kawasan DUN terlibat.

Ingat PAS Larut, ingat istana lima juta.

No comments: