Friday, May 4, 2012

POLIS.... Terima Kasih Atas Perlaksanaan Tugas Anda Dengan Penuh Berhemah

28 April merupakan tarikh hitam negara apabila beribu-ribu orang penyokong pembangkang yang menyertai BERSIH mula bertindak ganas merosakkan harta benda awam. Apa yang tidak boleh kita terima ialah tindakan mereka yang memukul orang awam dengan sengaja. Tidak kurang juga mereka yang memukul anggota keselamatan kita tanpa belas ihsan.  Amat biadap sekali apa yang telah mereka lakukan didalam negara, seolah-olah tiada undang-undang dalam negara kita. Apakah ini yang menjadi idaman mereka sejak menjadi pembangkang? Sikap fanatik yang keterlaluan menyokong ideologi Anwarisme menjadikan jiwa dan akal mereka ibarat haiwan liar.  Namun begitu kita amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana tiada tindakan jenayah berat yang terjadi saat perhimpunan dan pemberontakan ini berlangsung. Tiada kes rompakan, cabul mahupun pecah bangunan.... Satu yang kita perlu tahu, Polis bukan pengganas seperti apa yang dilemparkan oleh suara pembangkang. Mereka tidak menyerang, sebaliknya mereka yang diserang dan diperangi oleh peserta BERSIH.  Perusuh tahu bahawa Polis tidak boleh bertindak jika tiada arahan. Atas sebab demikian, perusuh dengan sesuka hati mereka bagai zionis yahudi mencederakan anggota keselamatan ini. Beberapa gambar yang diambil dan video yang dirakam menjadi bukti perlakuan binatang yang merusuh ini. Bertapa peritnya derita anggota polis yang terlibat dalam menjaga keamanan dari bahana rusuhan ini. Lebih perit lagi Parang Pedang mendapat tahu bahawa sahabat sendiri yang baru pulih dari pembedahan implan organ hati terpaksa bertugas menjaga keselamatan negara disebabkan oleh rusuhan ini. Dihati ini terdetik bertanya kepada diri sendiri, kenapa sahaja tidak orang awam sahaja yang turun berhadapan dengan perusuh yang terdiri daripada orang awam ini... Biarkan pihak Polis melakukan tugas lain tanpa terlibat dengan tugas meleraikan rusuhan. Jika anggota Bomba bertugas meleraikan api kebakaran yang tidak kenal musuh, Polis pula terpaksa menghadapi makhluk yang berakal tetapi tidak kenal belas kasihan. Satu situasi yang lebih merbahaya dari api kebakaran. BERSIH 3.0 telah membuka mata semua pihak sama ada yang pro kerajaan BN mahupun yang duduk atas pagar bahawa bertapa hapraknya pembangkang. Ibarat imam yang menyeru makmum untuk bersolat tetapi tidak membetulkan saf makmumnya. Selama ini ramai yang mengatakan bahwa polis bertindak kejam ke atas perusuh. "cubit sikit, jerit serupa pondan" sememangnya layak dikatakan kepada perusuh. Baru kena sedikit, mengadunya berlebih-lebihan hingga masuk ke dalam akhbar. Satu soalan sahaja yang Parang Pedang nak tanya, kalau dah tahu Polis garang kenapa masih nak merusuh? Jangan salahkan Polis jika perusuh kena pukul kerana anda sendiri lempar batu ke dinding, terpelantinglah ke dahi sendiri. Jangan pula nak ajar anak supaya membenci Polis kerana perusuh adalah penjenayah jalanan.  Siapa polis yang perusuh nak bencikan? Kalau rumah perusuh kena pecah masuk, takkan nak panggil unit amal PAS? Kalau anak bini kena cabul atau rogol, takkan nak mintak unit amal PAS ambil tindakan? Wujudkan unit forensik dalam unit amal PAS ni? Pistol pun tak ada apatah lagi kelengkapan pertahanan dan peralatan untuk siasatan. Pastinya kepada Polis anda akan kembali minta bantuan. Perusuh menuntut hukum hudud, apa pula hukuman yang sesuai untuk mereka yang memberontak? Bagi Parang Pedang, perusuh ini telah wujud sejak zaman Sayidina Usman Affan lagi hingga khalifah kita ini syahid dibunuh pemberontak. Selalunya perusuh didalangi oleh orang kafir dan fasik, bukannya kelompok cediakawan Islam.  Sangat elok tindakan Polis menyebarkan wajah-wajah perusuh agar dapat kita tahu siapa yang paling 'baik' dikalangan mereka. Parang Pedang sangat berharap agar tindakan tegas dapat diambil terhadap perusuh ini, biar duduk dalam penjara dan rasakan bagaimana jika terpisah dari dunia luar. Buat pihak Polis, terima kasih daun keladi kerana sudi jaga keamanan negara ini. Bokan nak mengampu, bukan Parang Pedang nak bodek sesiapa pun. Cuma ingin mengucapkan syukur atas keamanan yang terjaga selama ini.

No comments: