Monday, May 7, 2012

FAHAMAN DARWINISME DAN ANWARISME (bahagian 3)

Anwarisme mensasarkan generasi X dan Y? Kenapa Anwar memilih generasi X dan generasi Y? Kita harus tahu bahawa dalam fahaman komunis menerusi teori evolusi Darwin, yang kuat akan memakan yang lemah. Menerusi teori Darwin ini, Anwar telah berjaya mengalahkan kerajaan pimpinan BN dalam pilihanraya 2008 apabila peti undi 4 dan 5 berpihak kepada pembangkang. Anwar tahu bahawa penyokong BN banyak tertumpu pada peti undi 1 dan 2, dengan demikian strategi yang dilakukan oleh Anwar ialah melalui pengaruh anak muda yang dirancang oleh beliau berserta anaknya sendiri. Cara yang agak mudah tetapi tidak dapat dihidu oleh ramai pihak, Anwar menjanjikan kuasa pemerintahan kepada golongan muda dan belia berupa jawatan menteri apabila berjaya memerintah kerajaan kelak. Seperti yang kita lihat, salah seorang contoh belia yang berjaya menjawat jawatan menteri ialah Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.  Satu lagi kaedah Anwar mempengaruhi anak muda ialah dengan memperjuangkan kehendak anak muda ini menerusi desakan penghapusan pinjaman PTPTN agar golongan generasi X dan Y ini terpengaruh dengan perjuangan Anwar. Dasar pemikiran Anwarisma atau Anwarisme ini mula merebak didalam Universiti Awam memandangkan kebebasan berpolitik didalam IPTA ini. Lihat sahaja di UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) dimana Adam Adli yang berjaya membangkitkan sentimen Anti UMNO dikalangan penuntut UPSI. Dengan lantangnya Adam Adli menyerbu Bangunan PWTC dan menjatuhkan bendera di PWTC. Tindakannya disokong oleh pendokong Anwarisma hingga kelihatan tindakan Adam Adli tidak salah. Kenapa Anwar mensasarkan golongan anak muda? Satu persoalan yang sudah sedia ada jawapannya. Anwar tahu jika dia mempengaruhi golongan dewasa dan veteran, sokongan mereka pada kerajaan pimpinan BN sangat kukuh dan setia. Ini kerana hati mereka masih kukuh pada kenangan bersama pimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir. Perjuangan sejati keempat-empat pemimpin ini dilihat sangat ikhlas hinggakan Anwar tidak mampu menandinginya.  Memandangkan Anwar tidak ada pilihan lain, beliau terpaksa mengubah strategi dengan menetaskan fahamannya dikalangan generasi muda. Jika kita lihat sebelum ini PAS dan DAP tidak mahu bersatu dalam perjuangan Parti Pembangkang, menerusi Dasar Anwarisma maka PKR bertindak sebagai pelekat kepada semua parti pembangkang.  Menurut dasar Anwarisma, segala cara dihalalkan bagi mencapai matlamat parti, maka kedua-dua parti yang sebelum ini tidak bergabung kini mula mengubah strategi parti masing-masing. PAS menyusun strategi dengan menggunakan pelbagai tafsiran Al-quran untuk menyatakan kebenaran perjuangan PAS dengan DAP manakala DAP pula membenarkan perjuangan PAS sebagai perjuangan Islam sejati dan wajib diikuti. Ini terbukti apabila pemimpin golongan muda pembangkang, Lim Guan Eng meletakkan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola beliau ketika memimpin. Secara tidak langsung, golongan muda telah diterapkan agenda jihad menentang BN yang dianggap kafir. Maka isu kafir mengkafir telah wujud semula dalam ideologi Anwarisma. Atas musabab demikian, beberapa pemimpin pembangkang telah mula berani menganjurkan demonstrasi jalanan dengan tujuan menunjuk perasaan terhadap kerajaan pimpinan BN. Ditambah pula dengan semangat anak muda yang masih mentah dalam soal politik, demonstrasi bertukar menjadi suasana penuh emosi dan keganasan. Disebalik keghairahan pendokong Anwarisma menggunakan Al-Quran dalam hujah politik, mereka menolak hadis-hadis nabi yang menjadi rujukan umat Islam dalam soal kepartian. Mereka menganggap sesiapa sahaja yang bukan bersama fahaman Anwar tidak layak berhujah dengan Al-quran dan segala hadis yang diutarakan kepada mereka tidak boleh diterima. Kebanyakan apa yang tidak sesuai dimata mereka akan ditolak, atas sebab demikian wujud pula sekelompok anti hadis dikalangan fahaman Anwarisma. Suatu situasi yang membahayakan kita dari sudut pegangan dan cara hidup. Bersambung......... (Bahagian seterusnya akan membincangkan tajuk "Kesan fahaman Anwarisme kepada rakyat Malaysia")

No comments: