Thursday, May 3, 2012

ANWARISME SATU DASAR FANATIK KETERLALUAN PENYOKONG

Dalam budaya kita selain beberapa ideologi yang telah lama bertapak dinegara ini, terdapat juga beberapa ideologi lain yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.  Salah satu daripadanya ialah dasar Anwarisme atau Anwarisma. Satu fahaman atau ideologi yang baru bertapak dibumi Malaysia sejak 1998. Ketika itu pengikut atau penyokong Anwar terlalu ramai hingga UMNO kehilangan ramai ahli disebabkan kebanyakannya pergi kepada Anwar.  Bermula dari laungan LAWAN TETAP LAWAN hingga kepada laungan REFORMASI. Anwar terus bangkit mempertahankan dirinya yang mendakwa konon beliau dianiaya. Saat berada didalam penjara, Anwar terus dipertahankan  oleh penyokong fanatik hingga tak ubah seperti Aung San Suu Kyi. Namun perlu diketahui bahawa Su Kyii ialah pejuang demokrasi sedangkan Anwar mempertahankan diri sendiri saat terbukti dia bersalah hingga dipenjarakan. Ternyata terlalu jauh dasar perjuangan mereka berdua.  Satu fakta yang perlu diketahui oleh semua pihak ialah sejauh mana Anwar memperjuangkan matlamatnya dan untuk apakah matlamatnya itu. Jika benar Anwar dipihak yang betul, mengapa beliau memulakan langkah reformasinya selepas tuduhan liwat dan rasuah dibuat? Apakah beliau tidak boleh memulakan sejak dari dahulu lagi? Kenapa tidak beliau memulakan tindakan reformasi ketika beliau didalam ABIM atau sebelum dikutip oleh Tun Mahathir ke dalam UMNO? Satu lagi persoalan yang perlu dibangkitkan ialah, apa faedahnya meminta bantuan pihak luar negara sedangkan mereka tiada kena mengena dengan politik dalaman negara. Adakah sudah hilang kepercayaan Anwar terhadap ahli parti sendiri hingga perlunya bantuan luar?  Dasar Anwarisme semakin kuat dengan peranan yang dimainkan oleh keluarga beliau sendiri. Kini kita tahu pelbagai strategi telah dirancang oleh Anwar untuk dirinya sendiri. Selaku mastermind dalam parti pembangkang, sudah tentu idea tersebut akan diagihkan kepada beberapa pemimpin parti pembangkang untuk digunakan oleh ahli mereka. Maka setiap tindakan yang dilakukan oleh ahli parti pembangkang seolah-olah bukan dirancang oleh beliau. Anwar telah mengubah dasar pemikiran semua pihak tidak kira kawan mahu pun lawannya. Jika dahulu beliau merupakan orang yang paling disayangi oleh Tun Mahathir hingga pembangkang sendiri jijik melihat beliau. Masih kita ingat apa gelaran yang diberikan oleh Mat Sabu terhadap Anwar? Apa kata-kata Karpal terhadap Anwar? Hingga saat beliau dikeluarkan dari Umno dan mendapat sokongan dari mereka yang pernah membenci beliau. Karismanya tetap ada dan mampu mempengaruhi pemikiran orang ramai. Anwar mempunyai kepandaian dalam taktik politikal Malaysia hingga mendapat perhatian pihak luar negara. Tindakannya diibaratkan dua dalam satu iaitu merancang dan bertindak seolah-olah wujud dua watak yang meletuskan perang dunia iaitu Darwin dan Lenin. Kini ideologi beliau semakin mengembang hingga tercetusnya pemikiran Anwar dikalangan anak muda. Ideologi ini jika tidak dibendung akan mencetuskan keadaan yang tidak stabil terhadap suasana demokrasi Malaysia. -Parang Pedang-

No comments: