Wednesday, May 30, 2012

Kenali Lee Boon Chye

Parang Pedang bukan nak promote wakil rakyat pembangkang. Apatah lagi nak sokong kepimpinannya.Cuma disini Parang Pedang nak tekankan supaya strategi perang perlu diatur bagi berhadapan dengan lawan.

Ada diantara kita dikalangan ahli BN terutamanya UMNO tidak mengenali lawan dengan betul sehingga memandang rendah terhadap lawan.

Akibatnya kita semua tewas kerana tidak mengenali peribadi lawan dengan betul. Ayuh sidang pembaca, tiada salah mengenali lawan untuk mengatur taktik peperangan bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

.......................................................
Dr. Lee Boon Chye

Ahli Parlimen untuk P71 Gopeng, Negeri Perak

Mula berkhidmat : 8 Mac 2008

Majoriti. :7,368

Parti politik. : Parti Keadilan Rakyat

Pekerjaan : doktor perubatan (pakar jantung)
....................................................
Dr. Lee Boon Chye merupakan Ahli Parlimen Gopeng, negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat. Beliau juga merupakan seorang doktor pakar jantung di Ipoh Specialist Hospital.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, pada mulanya Parti Keadilan Nasional ingin menghantarnya bertanding di kawasan Ipoh Timur yang juga diingini oleh Lim Kit Siang dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), mencabar Thong Fah Chong dari BN-MCA yang mempertahankan kerusinya. Namun tindakan ini dijangka hanya memisahkan "undi pembangkang" daripada Lim dan mungkin menguntungkan Thong.

Oleh itu, walaupun ketika itu DAP sudah keluar dari Barisan Alternatif (BA) (KeADILan merupakan sebuah parti komponen BA ketika itu), namun kedua-dua parti ini cuba berunding atas kerusi yang ditandingi di negeri Perak, akhirnya mereka bersetuju bahawa hanya Lim Kit Siang dari DAP akan mencabar calon BN di Ipoh Timur, manakala Lee Boon Chye dialihkan ke kawasan Gopeng untuk mencabar Tan Sri Dr. Ting Chew Peh dari BN-MCA.

Ahkirnya, Lee kalah kepada Ting dengan hanya memperolehi 15,530 undi berbanding lawannya mendapat 30,312 undi. Majoriti bagi kerusi Gopeng pada masa itu ialah 14,782 undi.


Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Datuk Ling Hee Leong dengan majoriti sebanyak 7,368 undi. Beliau memperolehi 29,696 undi berbanding lawan beliau memperolehi hanya 22,328 undi.

.........................................................

Anda sudah kenal Siapa dia Dr Lee Boon Chye? Aturlah strategi dengan kadar segera. Bagi Parang Pedang, tiada baju perisai yang sempurna. Tiada atap yang tidak bocor. Lihatlah apa kelebihan beliau dan carilah kelemahannya juga.


Parang Pedang tetap bersama UMNO terutamanya di Bahagian Gopeng,Perak.

No comments: