Friday, October 19, 2012

Urut-urut ia kembang.. Sudah pancut ia kecut... Apa tu?

Ni kita sembang secara otak bersih .. Jangan fikir tajuk diatas sebab memang kontroversi sikit. Tapi yang ingin Parang Pedang ceritakan ialah tentang gamat yang sangat terkenal dikalangan umat melayu yang berkemampuan dengan izin Allah menyembuhkan luka dalaman serta luaran sistem tubuh manusia.

Habitat haiwan ini yang tinggal didalam air masin merupakan spesis haiwan yang unik kerana mempunyai kemampuan menyembuhkan kecederaan dirinya sendiri.

Gamat melindungi dirinya dari serangan musuh dengan menyemburkan sejenis cecair untuk melepaskan diri.

Harga pasaran bagi sekilogram gamat mencecah sehingga 70-90 ringgit Malaysia. Kini gamat dijadikan bahan utama dalam makanan kesihatan. Bagi yang menghadapi masalah kesihatan yang melibatkan luka luka organ dalaman, boleh mendapatkan produk gamat difarmasi berdekatan anda..


Gamat

No comments: