Tuesday, October 30, 2012

PARTI ISLAM? KENAPA TAK BANTU SYRIA MACAM KELAB PUTERA 1 MALAYSIA? 



Dah nama pun Parti Islam kan? Mana Islamnya? Takkan Islam pada agenda hudud saja? Mana agenda fisabilillah Pas? Mana agenda sistem pentadbiran Islam? Takkan tak boleh dilaksanakan kot? Nama pun Parti Islam. Takkan agenda perjuangan hanya dalam Negara sahaja? 

Baru-baru ni Kelab Putra 1 Malaysia dah hantar bantuan qurban ke bumi Syria yang sedang bergolak. Memang sedih melihat situasi anak anak pelarian Syria yang memohon simpati dari seluruh dunia Islam. 

Atas dasar belas ehsan itulah Kerajaan Malaysia telah menghantar bantuan kemanusiaan terhadap mangsa keganasan Basyar Asad di Syria. Bila melihat liputan yang dibuat disana, memang kita akan menangis mengenangkan nasib mereka yang menjadi korban keganasan pemimpin diktator. 

Kalau diikutkan kita disini asyik seronok bergambar dipagi raya aidil adha, makan lemang sampai buncit perut, berjumpa sanak saudara dan pelbagai aktiviti lagi. Tetapi di Syria, tak dapat la nak merasa semua tu. 

Syria Appeal
Seluruh dunia turun memberi bantuan kepada mereka. Ada ke gambar ahli Pas menyampaikan bantuan?


Tapi yang hairan tu, ada sebuah Parti Islam yang asyik laung takbir secara keras sampai nak keluar anak tekak, tu yang jantannya.. Yang betina pula macam mana? Fuh.. Beralun suara masa bercakap, tapi bila takbir keras je... Kalah minah rock kapak. Tak ada niatkah nak bantu mangsa kekejaman disana? Senyap je Parang Pedang tengok. Yang diorang tahu, kerjanya dalam khutbah raya, maki kerajaan BN. Lepas tu sembelih seekor lembu untuk ahli PAS sendiri. Kurban apa macam ni? Maka tak ubahlah mereka ni macam kumpulan tariqat yang diharamkan iaitu Al Arqam yang hidup hanya dalam komuniti sendiri.

Nama sahaja Parti Islam, tapi mana Islamnya bila saudara sendiri di Syria kena bunuh, kelaparan, dan hilang tempat tinggal? Kelab Putra 1 Malaysia dah turunkan bantuan untuk mereka disana. PAS jangan la jadi red Indian yang dapat daging terus bawak dalam rumah. Kenanglah sikit nasib umat Islam disana.  Tapi Parang Pedang lupa, macam mana nak jaga kebajikan umat Islam seluruh dunia jika umat Islam jajahan sendiri pun tak dijaga kebajikannya. Susah juga nak berwuduk bila air tak ada, susahlah juga nak beristinjak bila air kurang. Takkan nak tayamum semedang saja, betul tak? Khalifah dahulu kala, akan buat terusan bila keperluan air tak cukup. Doa perlu didahului tawakal. Tak boleh doa terus, lepas tu takbir, lepas tu maki kerajaan sebab tak sediakan kemudahan. Aik? Salah siapa ni? Bukan ke tempat tu bawah pentadbiran PAS? 

Kita balik semula kepada kisah nasib penduduk Syria yang ditimpa musibah, rasa kesian bila tengok nasib mereka. Tapi itu timbul dalam hati sanubari kita semua. Apa pula yang tergambar didada jiwa pemimpin PAS? Masih tiada jawapan. Buat pembaca semua, kita lihatlah permainan politik PAS didalam negara yang tidak ikhlas akan perjuangannya. Seorang pemimpin Islam tidak akan membiarkan saudara muslimnya diancam bahaya dan bahana. Itulah yang dilakukan oleh barisan kepimpinan BN. 

Fikir fikirkanlah buat sidang pembaca laman Parang Pedang ini.


Syria Appeal
Rasa kesian bila lihat wajah anak anak ini

No comments: