Monday, October 15, 2012

Laporan liputan Rapat Umum TIBAI di Ipoh, Perak.

Ipoh, 14 Oktober 2012.

Satu ceramah rapat umum anjuran PERKASA Perak telah diadakan di Dewan Ahmad Said Sungai Rokam. Ceramah ini bertujuan mendedahkan konspirasi Anwar Ibrahim serta sekutunya dalam permainan politik tanah air.

Ceramah yang bermula jam 9:30 malam itu dihadiri tidak kurang dari 1000 hadirin. Penceramah yang menyampaikan ucapannya ialah Saudara Zahir md Arif dan Y.B Dato Zulkifli Nordin. Antara isi ceramah yang disampaikan ialah berkenaan situasi umat melayu yang dalam bahaya akibat serangan dari anasir dalam negara sendiri iaitu parti pembangkang yang mempunyai agenda jahat terhadap negara.

Saudara Zahir yang menyampaikan ceramah turut memperingatkan tentang nasib bangsa melayu yang perlu dibela oleh bangsanya sendiri dan tidak boleh bergantung harap kepada bangsa lain.

Beberapa pendedahan tentang aktiviti Anwar Ibrahim juga didedahkan kepada umum berkenaan isu penderaan terhadap Anwar Ibrahim yang hanya semata-mata gimik dan bertujuan bagi meraih simpati. Menurut Saudara Zahir, Anwar mendapat layanan berbeza dengan tahanan yang lain kerana Anwar bebas menikmati apa saja makanan kegemarannya disamping suasana tempat yahanan yang amat selesa. Namun begitu demi mencapai matlamat jahatnya, Anwar Ibrahim sanggup berbohong kepada seluruh rakyat bahawa dia didera serta tidak mendapat layanan yang baik.

Semasa didalam penjara, Anwar pernah menulis surat kepada George Soros bagi membantunya mengkucar kacirkan negara menerusi jalan ekonomi, surat tersebut yang dibawa kelur dan disampaikan kepada Soros melalui isterinya Wan Azizah. Permainan Anwar Ibrahim Semakin licik apabila dia berjaya menumbangkan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi menerusi rancangan jahatnya ketika di penjara.

Berdasarkan pengalaman penceramah ketika bersama Anwar Ibrahim, isu politik dalaman semasa sentiasa diketahui oleh Anwar kerana dia dibenarkan membaca akhbar ketika dipenjara dan tidak seperti tahanan lain yang tidak mengetahui keadaan diluar.

Pendedahan demi pendedahan dibongkar oleh Mursyidul Am TIBAI iaitu saudara Zahir tentang cubaan Anwar menggadaikan bangsanya sendiri disamping menipu kaum cina dan india demi kepentingN kroninya sendiri. Ini terbukti dengan isu kampung Buah Pala di Pulau Pinan yang telah diriboohkan setelah penduduknya percaya kepada janji Anwar Ibrahim untuk mendapatkan geran tanah bagi penduduk. Namun begitu, atas belas Dato Seri Najib maka sebuah penempatan tersusun diberikan kepada setiap penduduk yang tertipu dengan janji Anwar.

Tiba saat penyampaian ceramah oleh Dato Zulkifli Nordin, ramai pendengar memberikan tumpuan penuh pada penyampaian beliau apabila pelbagai konspirasi Untuk Menjatuhkan kepimpinan Dato Seri Najib menerusi isu Kalap Selam Scorpene dan isu cincin 24 juta. Isu Scorpene diketahui telah lama dirancang dan diluluskan oleh Anwar Ibrahim sendiri ketika dia memegang jawatan sebagai menteri kewangan dahulu manakala isu cincin 24 juta pula bukan hak milik peribadi Datin Rosmah kerana ia diisytiharkan sebagai bahan untuk pameran. Begitulah permainan jahat Anwar Ibrahim terhadap semua pihak sama ada seterunya mahupun sekutu sendiri.

Pendedahan tentang misi Anwar Ibrahim ke luar negara bagi bertemu pemimpin luar dan penuntut universiti luar negara bagi menceritakan tentang keburukan Malaysia juga dihebahkan bagi menyedarkan rakyat tentang rancangan Anwar Ibrahim.

Begitulah pelbagai pendedahan tentang Anwar Ibrahim menerusi dua penceramah ini. Majlis berakhir sekitar jam 12 malam dengan laungan hidup melayu dan Takbir yang bergema di Dewan Ahmad Said Sungai Rokam, Ipoh.

Gambar penuh Majlis rapat umum boleh dilihat dibawah.



Tibai 1


Tibai 2


Tibai 3

Tibai 4


Tibai 5


Tibai 6

Tibai 7


Tibai 8

No comments: