Saturday, September 22, 2012

Kejayaan Dato' Seri Zambry Abd Kadir Memajukan Perak



Zambry 2

Bila melihat wajah diatas ini, rasa bangga tidak dapat dibayangkan oleh Parang Pedang kerana memiliki seorang pemimpin negeri yang berjiwa rakyat. bukan sahaja berdiri sama tinggi dengan masyarakat sekeliling, malah seringkali mengorbankan waktunya untuk bersama-sama duduk dengan golongan susah. Bermalam dipondok madrasah untuk menjiwai suasana masyarakat di Negeri Perak.

Sikap rendah diri seorang pemimpin boleh dilihat menerusi perwatakan yang dibawa oleh Dato' Zambry. Sememangnya beliau berasal dari golongan biasa dan hidup dengan kesederhanaan.Berbzea dengan pihak lawan beliau dari kelompok pembangkang sudah biasa dihidangkan dengan kemewahan seorang ahli politik.

Negeri Perak kini dalam perhatian seluruh Malaysia kerana pembangunan yang dilakukan Oleh pemimpin besar ini sungguh ketara dan penuh strategik. Buktinya ialah pembangunan disekitar Ipoh yang kelihatan berkelompok tetapi setiap kawasan tersebut yang dibangunkan akan membentuk satu kawasan besar pada masa akan datang. Inilah salah satu strategi pemimpin berkaliber ini dalam membangunkan Ipoh.

Dari sudut pembangunan luar bandar pula, Dato' Seri Zambry Abd Kadir sangat mementingkan kestabilan ekosistem hutan belantara di negeri Perak. Beliau pernah turun ke Kawasan Hutan Simpan belum bagi membuat pemantauan berkenaan penebangan balak secara haram. Disamping itu, beliau turut mengunjungi masyarakat disana bagi mengetahui keadaan mereka.


Banyak idea yang diluahlkan oleh Dato' Zambry bagi memastikan pembangunan Negeri Perak berjalan lancar. Walaupun berhadapan dengan risiko pelbagai tuduhan serta cemuhan pihak pembangkang, beliau tetap meneruskan misinya serta merancang pembangunan sebagai suatu visi pada masa akan datang.


Dato' Seri Zambry sentiasa menghampiri rakyat tanpa mengira pegangan kaum dan agama. Pada beliau, semua harus mendapat layanan yang sama tanpa ada sikap prejudis.





Masih terkenang saat bersama Beliau (Dato' Seri Zambry Abd Kadir) pada malam media Negeri Perak. Dengan cara ini, beliau lebih mendekati para pengamal media dan menghargai segala jasa dan usaha mereka.

Banyak pengalaman dalam sepak terajang dunia politik yang telah diharungi oleh dato' Seri Zambry Abd Kadir membuatkannya mampu memikirkan corak pentadbiran Negeri perak yang sempurna. Disamping sikap beliau yang tidak lokek dalam memberikan nasihat serta panduan kepada setiap pemimpin bawahan beliau telah menyeragamkan sistem pentadbiran negeri ini.

Ramai mengatakan bahawa Menteri Besar perak sebagai seorang perampas, tetapi bagi yang memahami dunia politik. Apa yang dilakukan oleh Dato Seri Zambry Abd Kadir adalah demi kemakmuran Negeri Perak dan tindakan beliau adalah sangat wajar memandangkan saat permulaan Perak ditakluk oleh pentadbiran Parti Pembangkang, banyak kerosakan sistem pentadbiran yang berlaku hingga menyebabkan keadaan menjadi bercelaru.

Kepimpinan Dato Seri Zambry Abd Kadir tidak boleh dinafikan lagi kerana telah terbukti pembangunan di Negeri Perak telah membuka mata para pelancong serta pelabur untuk datang ke sini. Sokongan padu harus diberikan kepada Dato Seri Zambry Abd Kadir selaku menteri Besar Perak agar rakyat boleh kekal menikmati kemakmuran di negeri ini.

Tahniah atas kejayaan Dato Seri Zambry Abd Kadir dalam memimpin Negeri Perak dengan cemerlang.



Zambry 1


Zambry 4


Zambry 5

Zambry 6

Video Dr Zambry.

No comments: