Tuesday, May 4, 2010

Nak pujuk ke nak kutuk?

UMNORS taknak la kata apa-apa kat puak pembangkang. Tapi ada eloknya mereka ni dibancuh sikit sebab hidup dah macam drug addict dengan parti haluan kiri. Tengok sajalah beberapa pemimpin pembangkang yang telah membuka mata melihat kejahilan ketua puak mereka, sedangkan terdapat beberapa barua dari kalangan penyokong biasa masih tegar dengan parti bermasalah. Disini UMNORS nak bagi tahu, lagi melampau sikap mereka maka lagi sukar untuk rakyat memilih parti kiri. Mana tidaknya jika orang awam sendiri boleh jadi mangsa kesamsengan puak pembangkang ini, contohnya di Bagan Pinang dahulu semasa pilihan raya kecil. Telah berlaku satu kes dimana seorang penduduk tempatan telah dipukul hanya kerana menegur kenderaan puak pembangkang yang menghalang laluan hadapan rumahnya. Itu baru satu kes, belum lagi kes-kes yang lain yang kita tidak bangkitkan.

UMNORS dah banyak kali dengar keangkuhan pembangkang serta ahli-ahlinya setelah berjaya menawan hati rakyat. Ada yang berlagak dengan saudara mara sendiri bila menang pilihan raya, bahkan ada yang sanggup tidak turunkan tandatangan surat sokongan bila mengetahui pemohon bukan dari kalangan ahli parti pembangkang.

UMNORS pernah cuba cakap elok-elok dengan sesetengah ahli parti kiri ni. Tapi rasa cuak pun ada bila kita dibidasnya macam dah tak ada bahasa yang baik dah, semuanya maki hamun. Nak balas tapi rasa tak sampai hati sebab kawan sendiri. Jadinya jalan terbaik adalah melalui laman ni, harap puak pembangkang faham kenapa UMNORS bancuh diorang.

UMNORS bukan tak tahu ada antara kawan sekolah dan kenalan UMNORS semasa kecil dulu dah mula delete dan banned dari senarai rakan sosial seperti Facebook dan friendster. Sebabnya UNORS tak la pasti sangat, tapi yang nyata mereka semua dari haluan kiri. Inilah yang menyedihkan UMNORS sebab kerana politik, rakan baik dilupakan. Bahkan UMNORS pernah menjadi mangsa prejudis sebab bekerja dengan majikan dari haluan kiri (PAS), dalam mesyuarat jer UMNORS kena bancuh tanpa sebab. Jadi UMNORS ambil keputusan letak jawatan dan berkerja sendiri, hilang masalah.

Akhir pesanan UMNORS disini kepada penagih parti pembangkang, bukalah minda kita semua. Apa yang kamu katakan jihad tu sebenarnya satu fitnah akhir zaman sebab memutuskan silaturrahim dan memusuhi saudara seagama kamu sendiri. Wallahualam.

No comments: