Wednesday, May 5, 2010

Gerak Saraf PKR

Kelicikan PKR semakin terserlah apabila mereka mula melancarkan taktik halus dalam menarik ahli. Melalui konsep M.L.M iaitu ahli menarik seorang demi seorang telah membuatkan ramai orang mula menyertai ahli pembangkang. Dengan memberikan opsyen kepada orang awam sama ada mahu memilih parti tersebut atau menyertai parti sekutunya, dengan mudah orang awam membuat pilihan. Taktik ini telah mula dikesan beberapa bulan lalu dimana kaedah perang saraf ini dilakukan secara sembunyi dan diketahui hanya setelah taktik mereka berjaya. Pelbagai janji manis ditaburkan kepada mereka yang ditemui oleh puak pembangkang ini. Ada juga pemimpin parti yang turut sama turun padang membantu pihak yang berkempen agar menambahkan lagi keyakinan orang awam. Tapi ada satu yang UMNORS nak tahu, macam mana mereka tahu maklumat setiap rumah penghuni kawasan kita? padahal segala maklumat orang awam adalah sulit. Buktinya, UMNORS dan rakan sekutu pernah menerima kad ucapan perayaan daripada PKR bahagian lengkap dengan nama penuh dan alamat rumah sedangkan kami tidak pernah mendaftarkan nama atau maklumat kami kepada mereka. Jadi adakah terdapat kebocoran maklumat oleh PKR semasa pemerintahan pakatan pembangkang? UMNORS berpendapat tindakan PKR sangat tidak bermoral kerana menceroboh privasi masyarakat setempat.

No comments: