Sunday, April 18, 2010

Mahukan perlawanan 4 penjuru yang bersih.

Kematian Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad telah menghidupkan Kawasan Ulu Selangor dengan poster serta kempen untuk memenangi hati rakyat. Saat saat bahana pilihanraya kecil Ulu Selangor semakin hampir, suara lantang penuh tuduhan pedas juga turut kedengaran. Antara pihak Barisan Nasional dan Pembangkang saling melemparkan kata-kata yang kurang enak didengari oleh semua pihak. Ada yang menuduh Y.B kaki Botol, kaki betina dan macam-macam tuduhan tidak berasas. Bukan UMNORS tidak berpihak kepada kerajaan, tapi lihatlah apa yang dah jadi.. Bukan itu saja malah gambar yang tidak berkaitan juga turut sama dilibatkan. Lihat saja gambar saudari Elizebeth Wong yang dipertontonkan bagai tiger show. Ini jelas menjatuhkan maruah wanita, sedangkan UMNO memperjuangkan hak semua.

Tidak dinafikan bahawa Calon pembangkang dari PKR pernah minum arak, tetapi bukanlah satu point yang kukuh untuk menjatuhkan beliau. Begitu juga dengan calon BN yang bukan terdiri dari bangsa Bumiputera, ini bukan bermaksud beliau harus ditolak dari mendapatkan sokongan semua pihak. Demi mendapatkan keadilan dalam pentadbiran, isu perkauman tidak patut dijadikan asas dalam pemilihan. Saya yakin bahawa Rakyat di Ulu selangor terdiri dari mereka yang bijak pandai serta tepat dalam membuat keputusan. Semoga Ulu Selangor akan memiliki pemimpin yang adil dan saksama.

No comments: