Saturday, April 24, 2010

Pesanan buat pengundi di Hulu Selangor

Assalamualaikum Waramatullah...

Pertama sekali saya mengucapkan selamat mengundi pada pilihan raya 25 April 2010. Dalam urusan pembuangan undi, banyak dugaan yang biasanya yang pengundi akan hadapi. Antara dugaan itu adalah permainan kotor dari kalangan penyokong parti sendiri. Disini saya selitkan sedikit pesanan dan panduan buat saudara, saudari, tuan dan puan yang akan membuang undi keesokan hari. Harap anda mengambil perhatian terhadap apa yang saya pesankan dibawah ini:

1. Tidur awal untuk persediaan hari esok. (biasalah kalau hari minggu, memang susah nak bangun awal. Tidur tu kan indah)

2. sediakan Kad pengenalan anda agar tidak lupa membawanya bersama nanti.

3. Jangan serahkan kad pengenalan anda kepada sesiapa yang meminta. Anda boleh menghubungi talian kecemasan 999 jika anda menghadapi situasi ini kerana ia merupakan perbuatan jenayah.

4. jangan menghadiri sebarang ceramah atau mengikuti program kempen selepas jam 12 nanti.

5. Pastikan Segala kelengkapan untuk ke tempat pengundian berjalan baik. Kenderaan, penurusan keluarga serta jadual aktiviti esok berjalan dengan baik.

6. jangan terpengaruh dengan sebarang poster atau sorakan penyokong parti kerana segala keputusan adalah ditangan anda.

7. pastikan segala laporan pilihanraya diperolehi dari sumber yang sahih. Jangan mempercayai sumber media siber yang kadang2 memberikan maklumat palsu.

8. Semak daftar pemilih anda melalui laman SPR ini:

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/daftar.aspx

jauhi pondok panas yang dibina oleh parti yang bertanding.

9. ketika mengundi, harap jangan melakukan undi rosak kerana undian anda amat dihargai. jangan memangkah lebih dari satu calon dan pangkahlah betul-betul dalam kotak yang disediakan (jangan pangkah luar kotak yang disediakan)


Sekali lagi saya ucapkan selamat mengundi kepada anda semua.

No comments: