Sunday, January 10, 2010

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Tun Fatimah.




Al-fatihah buat srikandi Tun Fatimah yang meninggal dunia pada 9 Januari 2010.. Beliau yang dilahirkan pada 25 Disember 1924 di Parit Keroma Muar Johor merupakan wanita pertama menjadi menteri kabinet.


Jasa beliau terhadap negara dalam kebajikan am amat dihargai. Antara sumbangan beliau adalah ketika menjawat jawatan berikut :-

Ahli Jawatankuasa Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat
Ahli Majlis Universiti Malaya
Ahli Jawatankuasa Hospital Assunta
Ahli Jawatakuasa Sekolah Latihan Wanita Ipoh
Ahli Jawatankuasa Perikatan Peringkat Malaya
Ahli Jawatankuasa Majlis Pepaduan Kebangsaan Malaysia
Naib Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah.

semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat keatas roh beliau.Amin.

No comments: