Sunday, September 8, 2013

SAUDARA ADLI TAHIRUDDIN (DIDI) PILIHAN TERBAIK CALON KETUA PEMUDA BAHAGIAN GOPENG.

Tak lama lagi pemilihan calon jawatan kuasa UMNO pelbagai peringkat akan bermula. Tak terkecuali aku selaku salah seorang perwakilan yang bakal menjadi hakim bagi memilih siapa yang layak menerajui kepimpinan pemuda di tempat aku. 

Terus terang aku katakan bahawa hati aku memang kering bila memilih calon yang aku suka. Kenapa aku kata aku kering bila bab memilih calon? Pujuk la macam mana pun walau keluar syair sajak puisi.. Kalau aku nak pilih calon kesukaan aku, tetaplah pilihan tu yang aku undi. Hari ni aku sudah pun bergelar perwakilan diantara beribu perwakilan yang ada diseluruh Malaysia.

SAUDARA ADLI TAHIRUDDIN (DIDI) yang mencalonkan dirinya selaku bakal Ketua Pemuda Bahagian Gopeng merupakan seorang calon yang layak dipandangan mata aku. Tak prlu siapa yang merayu berkempen untuk Saudara Didi pun, aku akan tetap pilih dia sebagai ketua aku.

Kalau korang tak kenal Saudara Didi aku tak kisah sebab beliau memang boleh buat kerja sebagai Ketua pemuda Bahagian Gopeng Perak. Aku blogger dan aku tahu mana satu orang yang tau bikin kerja, mana satu yang bikin kepala sendiri. Ada yang nak bagi aku imbuhan untuk  undi diorang tapi aku tolak sebab aku tak mahu calon taik ayam untuk pimpin kawasan aku. 

Apa orang nak kata, lantak diorang la... Aku tahu kemampuan Saudara Adli Tahiruddin atau aku senang panggil beliau dengan abang Didi. Yang pasti, pada pengamatan awal aku terhadap saudara Didi insyaallah beliau mampu memimpin golongan pemuda dalam bahagian Gopeng.

No comments: