Friday, September 13, 2013

ADAKAH KERANA KITA MENGHINA AGAMA MEREKA SATU KETIKA DAHULU ???

Agama Islam merupakan sebuah agama yang berdaulat. Tidak ada satu pun agama lain yang lain boleh menandingi agama Islam. Sebenar-benar agama hanyalah Islsm. Itulah apa yang diturunkan Allah ke dalamnya akan segala peraturan dan panduan menerusi lisan dan perbuatan junjungan mulia Nabi Muhammad Salallahu alaihi wassalam.

Tapi sejak kebelakangan ini, sering kali kedengaran suara sumbang yang memperlekehkan agama kita iaitu Islam yang selamat lagi berdaulat. Apakah Islam sudah tiada pengaruhnya? Sebenarnya tidak, Islam sudah brrkembang tetapi perlaksanaan hukum didalamnya sangat lemah. Ekoran perkara demikianlah yang membuatkan masyarakat seluruh dunia mula berani memperlekehkan agama kita ini.

Didada akhbar, media elektronik bahkan dimedia baru telah ada kata kata nista yang menghentam agama Islam seolah-olah agama ini tidak bermaruah. Lebih teruk lagi apabila ada yang cuba merebut hak agama Islam di mahkamah iaitu kalimah suci baci umat Islam.

Begitu juga dengan rumah Allah yang dengan beraninya golongan kafir ini menjadikannya sebagai rumah ibadat mereka sendiri. Apa punca yang menjadikan mereka berani menentang kuta umat Islam?

Rasulullah S.A.W bersabda bahawa akan tiba satu zaman nanti umat Islam akan dikerumuni oleh orang kafir seperti makanan. Lalu sahabat bertanya adakah kerana mereka terlalu sedikit? Maka Rasulullah S.A.W menjawab bahkan terlalu ramai. Akan tetapi mereka seperti buih buih dilautan.

Inilah hakikat kita umat Islam yang sering menjadi tumpuan mata mata jahat kaum musyrikin. Baginda Rasulullah S.A.W juga pernah mengingatkan agar menghina agama lain kerana ia akan membuatkan kaum musyrikin membalas dengan lebih teruk daripada apa yang kita lakukan.

Mungkin inilah balasan terhadap kita yang seringkali angkuh serta bongkak dengan agama yang kita anuti sedangkan Allah Taala menyuruh kita merendah diri swrta berbaik sangka.

Marilah kita ubah persepsi kita terhadap agama lain agar mereka berbaik sangka terhadap kita. Mudah mudahan ada diantara mereka yang akan menyertai Islam dengan ikhlas hati.

Allahumma firghli mukminina wal mukminat. Wal muslimina wal muslimat. Al ahya iminhum wal amwat. Birohmatika ya arhamarrohimin. Walhamdulillahirobbil alamin.

No comments: