Wednesday, July 17, 2013

MUSNAHKAN TEROWONG GAZA ???????

Arahan KETUA ANGKATAN TENTERA MESIR : "MUSNAHKAN TEROWONG GAZA"

Kejam.. Memang kejam... Sepatutnya rakan seagama dibantu, bukan dihancurkan lagi ... Inilah yang berlaku setelah Dr. morsi digulingkan oleh laknatullah ini iaitu ketua angkatan tentera Mesir.. Baca artikel dibawah

Rabu, 17/07/2013 - Laman web, “Hari Ketujuh” Mesir menyatakan bahawa Ketua Angkatan Tentera Mesir memberi arahan secara langsung kepada kejuruteraan Tentera Darat dan Jabatan Jurutera Tentera dan pengawal sempadan di Perbatasan Timur ke Mesir, untuk memusnahkan semua terowong yang terletak di garis sempadan antarabangsa sepenuhnya, sepanjang hari-hari yang akan datang, sebelum bermulanya pelaksanaan operasi keselamatan untuk membersihkan Sinai dari unsur-unsur jenayah bersenjata.

Ketua angkatan tersebut mendakwa bahawa tujuan penutupan adalah disebabkan berlakunya penyeludupan masuk secara haram melaluinya iaitu unsur-unsur berbahaya yang cuba mengganggu keselamatan negara Mesir, dengan sokongan kumpulan-kumpulan bersenjata dan unsur-unsur melampau.

Satu sumber tentera telah berkata kepada “hari ketujuh” bahawa Leftenan Abdel Fattah al-Sisi telah memberi panduan yang jelas bagi pasukan Staf Taher Abdullah, ketua Lembaga Kejuruteraan untuk memusnahkan semua terowong penyeludupan di sempadan samada melalui kelengkapan yang ada atau jentera berat, atau dengan air rendaman, dalam tempoh yang singkat, untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk mengganggu keselamatan negara Mesir, atau memanipulasi nasib rakyat Mesir, dalam penyeludupan makanan dan subsidi minyak ke Gaza, dalam kehadiran krisis di Mesir yang jelas mempunyai kaitan dengan bahan api dan tenaga.

Sumber halaman : http://palestinkini.info/?p=12948

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : siti zunaidah dan osman dari COMES.

No comments: