Friday, January 18, 2013

Baginda Rasul menyatu padukan sesama saudara Muslim, Anwar menyatukan PAS dan DAP.


Masih ingat suatu masa dulu semasa Anwar Ibrahim masih dalam ABIM dan UMNO, parti Pas berjuang bersendirian tanpa sekutu. Hanya bertemankan Semangat 46 sahaja. 

Tapi tak sangka pula selepas Anwar menubuhkan PKR, DAP mula dipersaudarakan dengan PAS. Sangat bertentangan dengan apa yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah S.A.W. Pada satu ketika dahulu.

Adakah PAS sudah lupa pada ajaran Rasulullah? Bersatu sesama Islam dan berwaspada terhadap kafir? Sayang sekali, kerana bertuhankan parti maka mereka sanggup mengenepikan semua tu.

Adakah Amanat Haji Hadi telah merebak menjadi pegangan bagi menggantikan sunah Rasul? Sepatutnya kita sedar bahawa Rasul pernah bersabda bahawa kita tidak akan sesat selagi kita berpegang teguh kepada dua perkara iaitu Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.AW. selamanya. Kita tak membenci orang kafir kerana mereka juga manusia, tapi kita perlu berwaspada dan bertegas dengan mereka.

Fikirkanlah demi masa depan Islam yang kita cinta.

No comments: